,
Antarabangsa

Lexus LC Aviation Inspirasi Dari Bidang Aeronautik

Erywan
04/11/2020
03:15 MYT
Sejak dilancarkan ke pasaran tiga tahun lalu, Lexus LC melahirkan pelbagai variasi model edisi istimewa. Namun, versi yang terbaru ini boleh dikatakan paling menarik setakat ini kerana ia mempunyai spoiler belakang kekal.
Dikenali sebagai LC Aviation, model ini dilengkapi dengan spoiler berbentuk melengkung yang diinspirasikan dari bidang aeronautik. Komponen ini diperbuat daripada gentian karbon dan ia mempunyai sepasang ‘winglet’ yang berfungsi untuk melancarkan pergolakan udara. Hasilnya adalah tindak balas stereng yang lebih cepat dan kestabilan pada kelajuan tinggi.
Spoiler itu dibangunkan oleh kakitangan Lexus yang sebelum ini terbabit dalam projek pembangunan LFA, serta Yoshihide Muroya, juruterbang akrobatik dan pemenang Red Bull Air Race 2017.
Sebagai sebahagian daripada pakejnya, LC Aviation turut didatangkan dengan rim 21 inci berwarna hitam, manakala jeriji ‘spindle’, lubang ambilan udara dan lampu hadapan, selain belakang digelapkan bagi menghasilkan imej yang lebih ‘rugged’. Warna yang ditawarkan selain hitam adalah putih dan perak.
Ruang dalaman pula menampilkan upholsteri Aviation Black, trim Alcantara pada stereng, tuil gear dan panel pintu, serta kemasan berwarna perang (saddle). Selain itu, ia sama sahaja seperti versi biasa.
Menurut Lexus, LC Aviation tidak menerima sebarang penambahbaikan untuk aspek mekanikal. Ini bermakna varian LC500 kekal dengan enjin NA 5.0-liter V8 yang menghasilkan 471hp, manakala LC500h pula mempunyai 354hp yang dibekalkan oleh enjin 3.5-liter V6 dan sepasang motor elektrik.
Lexus akan menghasilkan 70 unit LC Aviation untuk pasaran Jepun. Ia akan dijual bermula Januari tahun hadapan. Harga masih belum diumumkan, namun ia sudah pasti lebih mahal berbanding versi standard.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lexis Hibiscus Port Dickson Beri Kenyataan Susulan Individu Maut Ketika Mengendalikan Pertunjukan Bunga Api Sempena Sambutan Tahun Baharu

gempak
02/01/2024
09:55 MYT
Salam takziah kepada keluarga mangsa.
drebar

Lexus ES 250 Kini Ditawarkan Varian F SPORT, Sedan Mewah Sporty Dijual Bermula RM345,134

gempak
15/10/2021
05:44 MYT
Beberapa aspek rekaan juga diperbaharui dan tampil lebih segar bagi melengkap bayangan gaya coupe.
drebar

Lexus LC 500 Convertible, Lulus Ujian Beku Sehingga -18 Celsius

gempak
04/06/2021
04:05 MYT
Ia dilakukan untuk melihat jika komponen-komponen seperti sistem penyaman udara dan pemanas, tempat duduk dan stereng sama ada terjejas sekiranya terdedah kepada cuaca sejuk yang ekstrem.
drebar

Lexus LM 350 - MPV Paling Mahal Di Malaysia, RM1.148 Juta Sahaja

gempak
16/04/2021
04:24 MYT
MPV 4 tempat duduk yang betul-betul super mewah!
drebar

Lexus 300 Luxury Special Edition dan ES Limited Edition Dibuka Untuk Tempahan

gempak
12/01/2021
08:01 MYT
Harga SUV dan sedan mewah itu masing-masing bermula RM421,909 serta RM327,510.