Tempatan
Lepas Bakar Mercedes AMG, Lelaki Ini Merempuh Porsche Taycan Turbo S Keluar Dinding Kaca
Memiliki sebuah kereta baharu sudah pastinya satu pengalaman menyeronokkan. Namun, ada juga keadaan yang boleh menjadi mimpi ngeri.
Contoh mudah, merempuh kereta sebalik meninggalkan bilik pameran. Pernah berlaku di beberapa negara termasuk di China dan India.
Insiden terbaharu berlaku di Rusia dan membabitkan satu model Porsche Taycan Turbo S baharu di pusat pengedar jenama Jerman itu.
Kereta sedan elektrik yang berharga 15,669,407 ruble (matawang Rusia) atau kira-kira RM858,939 dirakam merempuh dinding kaca selepas dinaiki seorang lelaki muda iaitu Mikhail Litvin.
Mikhail ini seorang vlogger Rusia dan dia mendakwa tersalah pijak pedal minyak kerana menyangka itu pedal brek. Kisah disebaliknya, ini nampak seperti satu aksi mencari tontonan di YouTube.
Kisah sebenar ialah ini kereta miliknya dan dia hadir ke pusat pameran Porsche untuk mengambilnya tetapi dengan cara pelik iaitu memusnahkannya.
Berdasarkan rakaman video Litvin yang dikongsi di YouTube, aksinya sebagai pelanggan nampak tidak asli dan pelik.
Jika diperhati suasana dalam bilik pameran, ada beberapa individu sedang menonton dan membuat rakaman menggunakan telefon pintar mereka. Ternyata ini memang satu lakonan.
Pada awal klip video, Motor1 melaporkan ada tiga pelakon watak Stalin, Lenin dan Presiden Putin menasihatkan Litvin untuk menikmati kehidupan dan jangan pedulikan cakap orang.
Selepas memikir kata-kata nasihat itu, dia melangkah ke bilik pameran Porsche dan berlaku kereta merempuh dinding kaca. Klip video itu sudah ditonton lebih 4.7 juta kali dalam tempoh 3 hari.
Litvin ini menjadi terkenal pada Oktober tahun lalu kerana membakar kereta miliknya jenis AMG GT 63 S Empat Pintu Coupe. Klip itu sebagai satu mesej jelas kepada pihak Mercedes.
Hal itu disebabkan lelaki terbabit berang kerana kereta sedan itu ada masalah besar kebolehpercayaan dan pihak pengedar tidak dapat membaikinya.
Sebagai langkah atas masalah itu, dia memilih untuk membakar AMG tersebut. Klip video itu dikongsi di YouTube pada 24 Oktober 2020 dan sudah ditonton 21.5 juta kali.
Must-Watch Video