,
Tempatan

Land Rover Defender V8 Bond Edition, Inspirasi Filem James Bond, “No Time To Die”

Erywan
03/09/2021
04:07 MYT
Sempena pembabitan dalam filem James Bond, “No Time To Die”, Land Rover melancarkan model edisi istimewa menerusi Defender V8 Bond Edition.
Bagi membuatkan ia lebih istimewa, hanya 300 unit sahaja yang ditawarkan sama ada anda boleh memilih varian Defender 110 atau 90.
Jentera itu diinspirasi daripada model yang tampil dalam filem berkenaan dengan mengenakan cat serba hitam. Ia juga menggunakan rim 22 inci warna Luna Gloss Black dan di bahagian dalamnya diceriakan brek kaliper biru untuk roda hadapan.
Bagi membezakan dengan model biasa, beberapa logo ‘Defender 007’ turut diletak pada bahagian belakang dan kepingan pemijak kaki.
Dari segi prestasinya, ia masih menggunakan enjin V8 5.0 liter dan menjadi model Defender paling berkuasa yang pernah dicipta oleh Land Rover.
Tiada apa-apa perubahan yang dilakukan pada enjin, tetapi ia mampu menyalurkan 518hp dengan tork setinggi 625Nm. Bagi varian Defender 90, ia boleh memecut 0-96km/j dalam masa 4.9 saat dan kelajuan maksimumnya mencecah 240km/j.
Filem James Bond bakal ditayangkan pada 30 September ini dan anda boleh melihat beberapa model lain seperti Land Rover Defender, Range Rover Sport SVR, Range Rover Klasik serta Land Rover Series III.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Land Rover Defender Terokai Guna Sel Bahan Api Hidrogen

gempak
18/06/2021
03:13 MYT
Ia adalah sebahagian daripada sasaran Jaguar Land Rover untuk mencapai emisi sifar menjelang 2036.
drebar

Tak Murah! Land Rover Defender Works V8 Trophy Ini Harga RM1.09 Juta

gempak
11/02/2021
07:48 MYT
Defender Works V8 Trophy terhad kepada 25 unit sahaja dan ia boleh didapati sama ada dalam versi 90 atau 110 Station Wagon.
drebar

Land Rover Defender Ciptaan Ares Design Tampil Ubah Suai Luaran Dan Dalaman, Selain Guna Enjin V8

gempak
18/01/2021
02:17 MYT
Projek terbarunya ini dijangka akan mendapat sambutan hangat dari peminat kenderaan off-road khususnya Land Rover Defender.
drebar

Land Rover Defender Dengan Khemah Bumbung Autohome - Menikmati Aktiviti Berkhemah Dan Pengembaraan Dengan Selesa

gempak
03/07/2020
07:35 MYT
Penawaran terbaru ini membolehkan pemilik menikmati aktiviti berkhemah dan pengembaraan dengan lebih selesa.
drebar

Range Rover Evoque 2020 Tawar 2 Varian Dengan Harga Bermula RM426,828

gempak
26/06/2020
04:35 MYT
Guna enjin enjin 2.0 liter petrol turbocharged yang menyalurkan output berbeza.