,
Antarabangsa

Kia Seltos, SUV Segmen B baharu Kini Boleh Ditempah Di Pengedar Kia Terpilih

Erywan
14/09/2020
05:30 MYT
Naza Kia Malaysia, pengedar kenderaan Kia di negara ini membuka tempahan SUV baharu menerusi Kia Seltos bermula Jumaat lalu.
Jentera yang akan bersaing dengan beberapa model jenama Jepun atau Malaysia itu ditawarkan dengan dua varian membabitkan EX dan GT Line.
Kia Seltos akan ditawarkan dalam dua varian, iaitu EX dan GT Line. Kedua-dua varian akan mendapat warna Glacier White Pearl dan Gravity Red sebagai standard. Namun, warna Intense Red hanya khas untuk EX, manakala Intelligency Blue unik untuk GT Line.
Kedua-dua varian itu dijana enjin 1.6-liter Gamma empat silinder petrol yang menghasilkan 123hp dengan tork setinggi 151Nm. Kuasa daripada enjin itu akan disalurkan ke transmisi automatik enam kelajuan.
Harganya masih lagi belum diumumkan, tetapi anda boleh membuat tempahan SUV itu di beberapa pengedar terpilih seperti:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar