,
Tempatan

Kia K8 Bakal Menggantikan K7, Tampil Lencana Baharu

Erywan
19/02/2021
01:56 MYT
Kia menyiarkan beberapa gambar awal untuk sedan terbarunya iaitu K8. Ia akan menggantikan model sedan terdahulu iaitu K7, yang turut dikenali sebagai Cadenza di beberapa pasaran termasuk Amerika Syarikat.
K8 adalah model pertama yang akan menampilkan lencana kontemporari terbaharu Kia, berikutan penjenamaan semula syarikat itu pada Januari tahun ini. Ia juga akan menjadi peneraju kepada hala tuju dan identiti reka bentuk baharu pengeluar kenderaan dari Korea Selatan itu.
Menurut Kia, K8 akan diketengahkan sebagai sedan moden dengan karakteristik yang sporty. Bahagian hadapannya didominasi oleh jeriji ‘hidung harimau’ tanpa bingkai yang disatukan dengan bampar bagi menghasilkan imej yang lebih kemas dan premium. Jeriji terbabit mempunyai kemasan bermotifkan berlian yang direka untuk mengekspresikan pergerakan cahaya.
Ia diapit oleh sepasang lampu utama yang diberikan rekaan lebih langsing. Apa yang menarik, perumah lampu berkenaan turut merangkumi lampu isyarat membelok yang mempunyai grafik menyerupai gugusan bintang.
K8 mempunyai profil sisi fastback dengan bahagian but yang agak pendek. Bentuk ini diserlahkan lagi dengan kehadiran garisan karakter dinamik pada bahagian atas dan jalur krom pada bahagian bawah. Kedua-dua elemen ini merentasi sepanjang bahagian sisi badan dan bersambung dengan lampu belakang yang berbentuk Y.
Setakat ini, Kia masih belum mendedahkan spesifikasi teknikal terperinci mengenai model ini, kecuali ukuran panjang keseluruhannya iaitu 5,015mm. Ini bermakna ia lebih panjang sedikit jika dibandingkan dengan K7. Walaupun masih tiada gambar, ruang dalamannya dikatakan jauh lebih moden dan lengkap, dengan keselesaan ergonomik ‘kelas pertama’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Kia Carnival Versi Lebih Mewah, Empat Tempat Duduk, Harga RM322,318 Di Korea

gempak
14/07/2021
04:34 MYT
Versi itu memiliki bumbung tinggi, dengan kehadiran dua tempat duduk pada bahagian belakang serta ruang tengah lebih luas.
drebar

BAuto Ambil Alih Jenama Kia Di Malaysia, Bakal Hasil Model CKD Seltos Dan Carnival

gempak
02/04/2021
13:13 MYT
Dikenali sebagai Kia Malaysia Sdn Bhd (KMSB), ia akan melaksanakan pemasangan tempatan bagi kenderaan Kia di Malaysia nanti.
drebar

Kia Sorento Yosemite, Zion Concept - Dinamakan Sempena Taman Negara di Amerika Syarikat

gempak
23/11/2020
03:07 MYT
Kedua-dua model konsep ini dibangunkan untuk mengetengahkan potensi Sorento sebagai kenderaan yang sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti lasak.
drebar

Kia Carnival Hi Limousine - Kabin Seperti Kelas Perniagaan Kapal Terbang

gempak
20/11/2020
05:02 MYT
Carnival Hi Limousine mempunyai rekaan bumbung yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan model standard.
drebar

Makin Segak Dan Lebih Mewah Kia Carnival Ini

gempak
26/08/2020
07:34 MYT
Kia Carnival Generasi Keempat itu akan memasuki pasaran Korea Selatan pada suku ketiga tahun ini.