,
Tempatan

Kesian, Penghantar Makanan Kena ‘Prank’, 40 Minit Tunggu Di Jirat Cina

Erywan
05/02/2021
05:25 MYT
Seorang penghantar makanan, Muhammad Khuzaimie Lemat, 23, berkongsi pengalaman di aplikasi TikTok miliknya mengenai pelanggan yang memesan makanan di kawasan jirat cina di Sungai Putat, Melaka, mendapat perhatian warganet.
Video berdurasi 59 saat itu menunjukkan dia berdiri keseorangan di lokasi perkuburan berkenaan sambil menunggu pelanggan.
Laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku kira-kira 6 petang, 23 Januari lalu dan dia menunggu hampir 40 minit di jirat cina itu.
Muhammad Khuzaimie yang sudah setahun menjadi penghantar makanan di sekitar Melaka mendakwa pesanan itu dibuat oleh pelanggan yang sengaja membuat gurauan memandangkan kaedah pembayarannya ialah bayar selepas terima atau 'cash on delivery' (COD).
Berdasarkan video itu yang sudah ditonton lebih 1.4 juta, dia turut menghubungi nombor telefon pelanggan misteri itu beberapa kali, tetapi panggilan itu tidak dijawab.
Menurutnya, ia menyangka penggali kubur yang membuat tempahan makanan, tetapi tiada sesiapa ketika dia tiba di sana.
Pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu dikatakan menempah nasi goreng USA, nasi goreng ayam, teh o ais dan sirap ais.
Muhammad Khuzaimie berkongsian pengalaman itu di media sosial miliknya itu untuk bagi membuka mata masyarakat mengenai cabaran yang perlu dilalui penghantar makanan sepertinya.
Dia mendakwa sudah lebih 10 kali saya terkena dengan 'prank order' seperti ini dan kejadian seperti tempoh hari lalu merugikan masa dan tenaga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Cuma Makan Salad & Kek, Pelayan Dedah Bil Kim Kardashian Cecah Ribuan Ringgit

gempak
20/07/2022
14:49 MYT
Ramai terkejut harga salad & kek Kim Kardashian.
Berita

Zoo Negara Dibuka Semula, Habib Lancar Keping Emas... Comelnya Ada Kancil, Gajah, Harimau & Panda

gempak
21/12/2020
05:51 MYT
Semak lima fakta menari tentang wafer emas Habib Jewels ini!
Gaya Hidup

Syurga Makanan! 4 Tips Ini Bakal Jadikan Gambar Anda Lebih Menyelerakan

gempak
10/06/2019
08:00 MYT