TEMPATAN
Kenderaan Elektrik Penuh Honda Bakal Muncul Di China
Pameran kenderaan di China, Auto Shanghai 2021 akan dibuka kepada orang awam pada 21 sehingga 28 April ini dan ada kejutan baharu untuk peminat jenama Honda.
Pengeluar automotif dari Jepun akan mempertontonkan sebuah kereta elektrik. Sebelum ini, Honda ada memberi bayangan melalui perkongsian gambar acah dengan menyatakan dua model akan muncul buat julung kalinya. Satu daripada model itu ialah kenderaan plug-in hybrid baharu manakala kenderaan kedua ialah versi elektrik penuh di China.

Pembabitkan Honda dalam segmen elektrik semakin jelas selepas syarikat itu bekerjasama dengan dua entiti di China iaitu GAC dan Dongfeng. Malah kedua-dua entiti itu dilaporkan akan mempamerkan beberapa model segmen hibird dan elektrik semasa Auto Shanghai. GAC Honda akan menampilkan kenderaan hibrid Accord, Crider, Breeze dan Odyssey dan satu siri kenderaan elektrik iaitu VE-1+ serta VE-1 S+.

Must-Watch Video