,
Tempatan

Isuzu Catat Tahun Ketujuh Berturut-Turut Jadi Pilihan Trak No.1 Di Malaysia

Erywan
25/01/2021
03:09 MYT
Isuzu Malaysia sekali lagi membuka tirai tahun baharu dengan positif apabila terus berada di kedudukan No. 1 dalam dua kategori bagi tahun 2020 sebagai trak No. 1 di Malaysia selama tujuh tahun dan jenama trak tugas ringan No. 1 untuk 11 tahun berturut-turut.
Berdasarkan data jualan tahunan trak yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Jualan trak mencatatkan 4,747 unit dalam semua segmen sepanjang tahun lalu. Bagi trak tugas ringan di Malaysia disumbangkan oleh model utama iaitu trak ELF dengan jualan sebanyak 4,551 unit pada tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd, Koji Nakamura berkata, Isuzu Malaysia amat berbesar hati untuk mengakhiri tahun 2020 dengan pencapaian terbaik.
“Jumlah trak yang dijual tahun lalu adalah perkongsian pasaran paling tinggi pernah kami rekodkan sejak Isuzu Malaysia Sdn Bhd ditubuhkan.
“Tahun lalu adalah ulang tahun ke-40 syarikat kami di Malaysia. Jadi, kejayaan ini pastinya satu pencapaian yang hebat buat kami dan fokus adalah untuk terus mengukuhkan kualiti produk serta kecekapan servis bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan,” katanya.
Nakamura menyatakan beberapa inisiatif strategik Isuzu Malaysia untuk mengekalkan pertumbuhan jualan trak, meningkatkan kualiti servis dan kepuasan pelanggan di sebalik situasi pasaran yang sukar sepanjang tahun lalu turut dilaksanakan.
Ia termasuklah pengembangan rangkaian pengedar, pengenalan inovasi produk baharu dan memastikan penyerahan trak baharu kepada pelanggan dilakukan tepat pada masanya.
Beliau turut berkata, strategi Isuzu Malaysia sentiasa berpaksikan kepada aspek kepuasan dan produktiviti pelanggan.
Menurutnya, untuk tahun baharu ini, beliau percaya ekonomi Malaysia akan bertambah baik secara perlahan-lahan dan banyak industri semakin pulih.
“Walaupun Isuzu kini terkenal kerana dapat menawarkan rangkaian luas trak yang menjadi pilihan berikutan kualiti, ketahanan dan kos efisien, kami akan terus fokus untuk memberi lebih nilai kepada semua pelanggan.
“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan dan pasukan pengedar yang mantap kerana sentiasa bekerja keras demi pelanggan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Isuzu D-Max Kini Ada Varian Baru 4X2 Auto, Sesuai Yang Jarang Guna Pacuan Empat Roda

gempak
13/10/2021
06:38 MYT
Hanya 28 peratus pengguna trak pikap di Malaysia yang kerap menggunakan sistem 4x4 pada kenderaan mereka.
drebar

Isuzu Sediakan Pengalaman Pelanggan Yang Lebih Selamat

gempak
12/08/2021
04:30 MYT
Ketua Pegawai Operasi terkini beri keutamaan kepada pendekatan norma baru
drebar

Laris! Jualan Isuzu D-Max Baharu Di Malaysia Meningkat 100 Peratus

gempak
05/07/2021
06:18 MYT
Purata tempahan dalam sebulan yang diterima kini lebih daripada 1,200 unit sejak ia dilancarkan pada April lalu.
drebar

Isuzu D-Max Serba Baharu Lancar Secara Rasmi - X-Terrain Varian Flagship Harga RM141,938

gempak
16/04/2021
08:02 MYT
Ia ditawarkan dengan tujuh varian dari single cab atau double cab serta dua pilihan enjin RZ-4E 1.9 liter atau 4JJ-3TCX 3 liter.
drebar

Generasi Ketiga Isuzu D-Max Bakal Tiba Hujung April ini, Tempahan Dibuka Harga bermula RM89,000 hingga RM145,000

gempak
01/04/2021
03:13 MYT
Isuzu D-Max menampilkan imej jalanan lebih kental dengan wajah depan maskulin serta garis badan yang berperanan menjadikan imejnya makin dinamik dan tegap.
Unitar