,
Tempatan

Ini Sebab Kenapa Suzuki Tak Nak Pakai Supercaj Pada Hayabusa

Erywan
01/03/2021
02:26 MYT
Awal bulan lalu, Suzuki secara rasmi memperkenalkan model legenda Suzuki Hayabusa (2021). Selepas 13 tahun generasi ketiga Hayabusa itu menerima pembaharuan menyeluruh namun masih lagi mengekalkan DNA reka bentuk terdahulu yang menjadi signatur superbike terbabit. Suzuki Hayabusa menggunakan enjin empat lejang 6-silinder sebaris dengan sistem penyejukan cecair dan sistem elektronik ride-by-wire. Patuh regulasi Euro 5 enjin lama bersesaran 1340cc itu menghasilkan kuasa 187.7hp dan tork 150Nm dengan kelajuan maksimum 300km/j.
Sedangkan pesaingnya sudah menggunakan teknologi supercaj pada produk mereka, Suzuki masih lagi menggunakan enjin lama. Ia bukan satu masalah, seperti kita tahu Suzuki lebih maju selangkah ke depan dalam tawaran teknologi.
Pereka enjin Suzuki Habayabusa, Naoki Mizoguchi menjelaskan kenapa Suzuki tidak menggunakan enjin supercaj yang menjadi tren masa kini. Ini kerana Suzuki Hayabusa adalah mesin kebanggaan Suzuki dari segi kelajuan maksimum.
Seperti kita tahu superbike itu pernah digelar sebagai motor terpantas dunia. Suzuki mendakwa lebih dari 500 komponen diubah dan hanya sedikit komponen yang tersisa dari Hayabusa sebelumnya.
Hanya frem hampir sama dengan beberapa rombakan disesuaikan dengan enjin terkini yang mendapat banyak pembaharuan. Semua disatukan dalam pakej yang menjadikan motosikal lebih kencang berbanding enjin sebelumnya. Ini kerana pembedahan dilakukan dalam segala sektor khususnya elektronik.
Namun satu poin yang membuat kita bertanya, kenapa Suzuki tidak menggunakan supercaj sebagai jalan pintas mengawal kuasa?
”Selain prestasi, kami sangat prihatin dengan kualiti, ketahanan dan lain-lain, kami sebenarnya sudah mencuba banyak konfigurasi enjin ketika pembangunan dari 4-silinder supercaj, 6-silinder bahkan meningkatkan sesaran dengan supercaj sudah kami jalankan. Namun, hasil ujian kami kembali pada asas enjin kerana ia adalah jana kuasa paling seimbang. Maksunya asas enjin yang kami bangunkan 20 tahun lalu ini sudah sangat bagus!.
"Akhirnya kami juga reviu seluruh komponen dari rod connecting termasuklah peralatan elektronik yang menjadi fokus utama kami. Hayabusa baharu perlu ada kuasa rpm rendah, medium dan tinggi. Bagaimana membuat mesin lebih tepat dalam segala poin termasuk bukaan injap yang kini mendekati 1/1000 saat. Kami rasa ini adalah luar biasa.
"Material kepala silinder sama, namun ruang pembakaran berbeza. Dan kini tahapnya sudah naik. Ingat, Suzuki bangunkan mesin Hayabusa tidak hanya berkualiti ketika baharu. Namun ketika enjin sudah digunakan hingga ribuan kilometer….100,000km, 200,000km, 500,000km….kami rasa Hayabusa bakal menjadi motosikal paling tahan dan berkualiti," kata Mizoghuci.
Kemudian bahagian enjin masih lagi menggunakan gerek, lejang dan nisbah mampatan yang sama. Namun banyak komponen yang berubah.
Suzuki juga melengkapi Suzuki Hayabusa dengan ciri peralatan elektronik seperti IMU 6 axis, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) Selekoh dari Bosch, Kawalan Cengkaman, Kawalan Launch, Quick Shifter Auto Blipper (tukaran up dan dowm), pemetaan pendikit termasuk Kawalan Brek Enjin.
Untuk casis, Suzuki tetap percaya pada kerangka twin spar aluminium namun penstrukturan baharu dibuat lebih ringan. Mereka mengemas kini bahagian sub frem sehingga mendapatkan berat lebih ringan 0.68kg berbanding generasi sebelumnya. Ini adalah pengurangan yang sedikit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Pasukan Suzuki Klasik Kustom Katana Sempena Projek ‘Lockdown’

gempak
08/06/2021
05:32 MYT
Bahagian janakuasa mengetengahkan jiwa lumba sebenar dengan naik taraf lebih segar dari model GSX-R1000.
drebar

Suzuki Swift Sport Lancar Secara Rasmi di Malaysia - Enjin 1.4 Turbo, 140hp, 230Nm, RM139,900

gempak
09/04/2021
11:21 MYT
Boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa lapan saat dengan kelajuan maksimum mencecah 205km/j.
drebar

Thailand Lancar Suzuki Gixxer 250, Malaysia Bila Lagi?

gempak
31/03/2021
03:14 MYT
Berkonsepkan ‘Lifestyle Sport Bike’ yang dikembangkan dari segi rekaan moden, harga Gixxer 250 SF di Thailand ialah Baht 128,800 (RM17,136).
drebar

Suzuki Jepun Lancar Hayabusa (2021) Dengan Pelan Tempahan Warna

gempak
23/03/2021
05:22 MYT
Suzuki menawarkan tempahan warna khas buat pelanggan dengan pilihan kombinasi warna pada rim depan dan belakang mengikut cita rasa pengguna.
drebar

Suzuki Vietnam Lancar Burgman Street, Harga Di Sana Hanya Bermula RM8,684

gempak
26/02/2021
04:12 MYT
Buat masa ini, pesaing terdekat Burgman Street ialah Yamaha NVX.