,
Antarabangsa

Ini bukan sebarang Bugatti Chiron

Erywan
18/06/2019
07:10 MYT
Studio talaan kenderaan popular Jerman, Mansory baru-baru ini menawarkan sebuah Bugatti Chiron untuk jualan. Ini bukan sebarang Chiron yang anda boleh dilihat dipandu golongan kaya.
Hypercar itu sudah melalui fasa modifikasi luaran yang agak agresif untuk meningkatkan kekuatan aerodinamik dan kereta itu dinamakan sebagai Mansory Centuria.
Kit badan yang digunakan diperbuat daripada gentian karbon dan menyaksikan pemasangan rekaan bampar baharu beserta peresap baru. Penutup ruangan enjin juga berwajah baru.
Rim hadapan bukan versi standard dan ia berukuran 20 inci serta dipadankan dengan saiz 21 inci di belakang.
Ruang dalam menyaksikan penukaran material kepada upholistri pada kerusi, stereng, panel pintu dan panel papan pemuka. Konsol tengah diubah agar kelihatan berbeza dengan model standard.
Cumanya, tidak ubah suai pada aspek mekanikal enjin. Ia masih dikuasakan dengan enjin 8 liter W16 dengan empat unit turbo. Masa pecutan enjin dikatakan 2.4 saat daripada titik pegun dengan kelajuan maksimum 420 kilometer sejam.
Bagaimanapun, harganya meningkat sebanyak 1.6 juta Euro (anggaran RM7.5 juta) kepada €4,250,000 (RM19.9 juta). Mahu membeli? Anda boleh lawat laman mobile.de untuk membuat pesanan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Bugatti jadi milik Rimac?

gempak
22/09/2020
07:53 MYT
Rimac, syarikat yang diasaskan Mate Rimac mahu mengambil alih Bugatti daripada Volkswagen Group.
drebar

Luar Biasa! Bugatti Type 59 (1934) Ini Bernilai RM54 Juta

gempak
02/09/2020
07:40 MYT
Ini kerana Type 59 dijana oleh enjin No.5 yang menjadi sebahagian daripada hasil kerja pasukan Grand Prix Bugatti pada musim 1934 hingga 1935.
drebar

Mansory Bina 3 Unit Kustom Ford GT Sempena Ulang Tahun Ke-30

gempak
08/07/2020
04:18 MYT
Hanya tiga manusia akan menjadi individu paling bertuah dunia selepas membeli kereta ini.
drebar

Bugatti Centodieci- Simbolik ulang tahun Bugatti ke-110

gempak
21/08/2019
02:56 MYT
Bugatti Centodieci mempunyai bentuk badan yang sama dengan Chiron namun jeriji ‘ladam kuda’ dan lubang ambilan udara ambil daripada inspirasi EB110.
drebar

Mengejutkan, ini tahap penggunaan minyak Bugatti Chiron yang anda perlu tahu

gempak
25/06/2019
06:20 MYT
Bugatti Chiron menggunakan enjin W16 berkapasiti 8 liter yang menyalurkan 1,500Ps dengan tork setinggi 1,600Nm.