,
Tempatan

Hyundai Group Beri Fokus Kepada Kenderaan Mesra Alam

Erywan
01/06/2021
07:18 MYT
Hyundai Motor Group dilaporkan mahu mengurangkan jumlah model kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman dan menggunakan sumber yang ada termasuk kewangan untuk mengembang model rangkaian kuasa elektrik dan hidrogen.
Malah langkah oleh firma Korea Selatan itu menunjukkan hala tuju syarikat ke arah kenderaan mesra alam dan fokus peralihan bisnes sudah mula tertumpu kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Maklumat itu diperoleh agensi berita Reuters daripada dua sumber dipercayai dalaman dan dilaporkan banyak portal di serata dunia. Bagaimanapun, bila pelan itu akan dimulakan belum diketahui.
Peralihan itu memang kena pada masanya memandangkan banyak pasaran termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Britain menyaksikan kenaikan permintaan kenderaan mesra alam serta pernah menyuarakan hasrat mengharamkan jualan kenderaan berasas bahan api fosil.
Khabarnya, Hyundai Group yang terdiri daripada jenama kenderaan Hyundai dan Kia mahu mencapai misi 100 peratus kenderaan hijau sama ada sel bahan api atau hidrogen menjelang 2040. Misi firma itu ialah menjual 1 juta kenderaan elektrik setahun bermula 2025.
Antara model yang dilihat sukses ialah Hyundai Kona versi elektrik dan syarikat itu dipercayai sedang membangunkan rangkaian siri model elektrik Ioniq selepas kejayaan Ioniq 5 mencatat tempahan luar biasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tak Lama Lagi Kita Mungkin Boleh Memandu Kereta Yang Mampu Bergerak Seperti Ketam

gempak
13/01/2024
14:55 MYT
Hyundai Ionic ini telah diubahsuai sistem rodanya sehingga membolehkan kenderaan itu bergerak ke sisi persis seekor ketam
drebar

Hyundai Kona 1.6 Tubro dan 1.6 Turbo N Line Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM146,888

gempak
30/07/2021
07:50 MYT
Perbezaan harga antara 1.6 Turbo dengan 1.6 Turbo N Line itu adalah RM10,000.
drebar

Kenali 4 Ciri Baharu Hyundai Kona 1.6 Turbo N Line Bakal Lancar Tidak Lama Lagi

gempak
16/07/2021
05:37 MYT
Kona 1.6 Turbo N Line bakal menjadi kenderaan segmen B SUV paling berkuasa dari segi enjin dalam pasaran Malaysia.
drebar

Hyundai Kona N - SUV Kompak Yang Boleh Pecut 0-100km/j Dalam 5.5 Saat

gempak
03/05/2021
09:01 MYT
Kona N hadir dengan enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang mampu menyalurkan 260PS
drebar

HSDM Lancar Hyundai Kona Dipertingkatkan, Harga Bermula RM119,888

gempak
20/04/2021
09:16 MYT
Hanya enjin 2.0 NA ditawarkan dengan didatangkan dua varian iaitu Standard and Active.