Antarabangsa
Human Horizons HiPhi 1, kenderaan elektrik premium buatan China
Pengeluar automotif China, Human Horizons memperkenalkan model konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) baharunya menerusi HiPhi 1 yang mana ia dijangka bakal dijual dalam tempoh dua tahun lagi.
Menariknya syarikat berkenaan memiliki pasukan teknikal yang dikendalikan bekas Ketua Divisyen Operasi Khas Kenderaan Jaguar Land Rover, Mark Stanton.
HiPhi 1 adalah jentera yang diperkenalkan oleh syarikat berkenaan dengan memiliki 562 sensor untuk menawarkan ‘autonomi peringkat tinggi ' dengan menggunakan sistem komunikasi V2X.
HiPhi juga akan memantau ruang kabin menggunakan kamera pengenalan wajah dan juga sensor bau untuk mengesan bau yang tidak diingini.
Jentera berkenaan akan dilengkapi dengan cermin sisi digital dan padanan pintu belakang yang eksklusif iaitu ‘NT’. Ia adalah gabungan dua pintu berkonsepkan suicide dan gullwing. Bagi memudahkan anda memahaminya, boleh tengok gambar di bawah.
Sebaik memasuki ruang dalaman, ia dihiasi dengan pakej paparan digital termasuk kluster instrumen, sistem hiburan dan skrin besar kepada penumpang hadapan.
Jentera yang mempunyai enam tempat duduk itu menjanjikan keselesaan yang optimum kepada semua penumpangnya. Ruang kabin itu juga kelihatan mempunyai kerusi kulit berlubang, kemasan hitam berkilat hitam, selain serlahan material logam.
Spesifikasi prestasinya masih lagi rahsia, tetapi ada yang mendakwa ia bakal ditawarkan dengan pacuan hadapan dan pacuan semua roda.
Sebelum ini, ada juga laporan yang mengatakan mereka mempunyai dua motor elektrik dengan menyalurkan output 268hp. Ini akan membolehkan model berkenaan memecut 0-100 km/j dalam kira-kira 3.9 saat.
Must-Watch Video