Antarabangsa
Hot Wheels Dan Arts Of Speed Malaysia Lancar Pencarian Global Kereta Die-Cast Inspirasi Peminat
Peminat di seluruh Malaysia berpeluang untuk menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia yang pertama yang akan dikelolakan oleh Art of Speed.
Penjelajahan digital ini akan dihoskan oleh Art of Speed Malaysia dan kereta Malaysia yang menang akan diumumkan secara langsung pada 12 November di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama dan akan disiarkan di Facebook Hot Wheels secara langsung (www.facebook.com/HotWheels).
The Hot wheels Legends Tour, yang kini masuk tahun ketiga penganjurannya, adalah pencarian global untuk kereta kustom buatan peminat yang seterusnya dijadikan mainan die-cast Hot Wheels.
Hot Wheels Legends Tour 2019 adalah penjelajahan epik yang menyaksikan kehadiran lebih 110,000 peserta, mendapat lebih daripada 5,000 penyertaan, 18 finalis dan 1 pemenang.
Tahun ini, acara ini akan berlangsung secara digital dan salah satu lokasi digital akan berada di Malaysia untuk mencari pemenang untuk Hot Wheels Legends Tour (Edisi Global). Kereta sebenar rekaan khas yang menjuarai pencarian ini akan dihasilkan sebagai model skala 1:64 dan dijual untuk pasaran seluruh dunia.
Mereka yang berminat, boleh menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia dengan menghantar hasil binaan mereka di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/, seterusnya peserta terbaik Malaysia akan disenarai pendek di lokasi maya yang disiarkan secara langsung.
Finalis dari lokasi maya Hot wheels Legends Tour Malaysia akan menyertai semua finalis Tour Legends yang lain di Virtual Global Finale di Los Angeles pada November untuk merebut peluang mengabadikan kereta mereka sebagai kenderaan die-cast Hot Wheels yang ikonik.
The Hot Wheels legends Tour Malaysia direalisasikan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia (hos tuan rumah) dan Toys “R” Us Malaysia.
Must-Watch Video