,
Tempatan

Honda lancar Pusat 3S pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan Indeks Bangunan Hijau (GBI)

Erywan
24/07/2019
08:08 MYT
Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) melancarkan Pusat 3S baharunya di Ipoh, Perak yang menerima pengiktirafan Indeks Bangunan Hijau (GBI), sekali gus menjadikan bilik pameran kereta pertama di Malaysia menerima anugerah pensijilan itu.
Pusat 3S yang dikendalikan oleh Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd itu dibina dengan pelaburan RM15 juta. Ia yang direka khas dengan ciri mesra alam sekitar dengan menggunakan sumber asli secara cekap, mengurangkan pembaziran, jimat tenaga dan air.
Pada masa sama, Ban Hoe Seng (Auto) menjadi pengedar pertama di Malaysia untuk memperluaskan usaha teknologi hijau ke bilik pameran mereka.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya bangga dengan usaha dilakukan oleh Ban Hoe Seng (Auto) sebagai satu daripada rakan peniaga Honda tertua di Malaysia.
“Anugerah itu menetapkan penanda aras baru buat Pusat 3S Honda. Ia juga menjadi yang pertama menerima pengiktirafan berkenaan bagi memaksimumkan kecekapan penggunaan sumber dan memfokuskan kepada kemampanan bangunan.
“Di Honda, kami komited untuk mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar. Jadi untuk mencapai matlamat itu, kami mengambil inisiatif untuk menggunakan teknologi inovatif hijau dalam operasi dan produk harian kami,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Girlfriend Desak Beli iPhone Model Terkini, Lelaki Bergaji Basic RM2,000 Terpaksa Buat Loan

gempak
29/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki meluahkan perasaan mengenai ‘perangai’ kekasihnya yang berkehendakkan barangan mewah sehingga dia terpaksa memohon pinjaman peribadi.
Viral

Jurujual Tular 'Mulut Puaka' Kutuk Bekas Rakan Sekerja Sudah Minta Maaf - "Tapi Masih Belum Selesai Sebab..."

gempak
27/06/2024
05:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Dua Pemandu Saling Berhimpit Hingga Kemalangan, Netizen Bincang Salah Siapa

gempak
08/04/2024
06:30 MYT
Sepotong klip video rakaman dashcam memaparkan aksi dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlaku kemalangan tular baru-baru ini.
Viral

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
26/03/2024
06:55 MYT
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan. Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebu
Laman Utama

“Jangan Clamping…”- Bimbang Sport Rim Calar, Pemandu Honda Rela Kena Saman Dari Kena Clamp?

gempak
23/06/2022
05:20 MYT
Alamak orang macam ni pun ada?