,
Tempatan

Honda Civic Type R Generasi Baharu Lancar Tahun Depan

Erywan
24/06/2021
13:25 MYT
Honda baharu sahaja melancarkan Civic versi hatcback pada peringkat global sebagai tambahan varian sedan. Ia juga menjadi model Civic satu-satunya yang ditawarkan dengan transmisi manual dengan enam kelajuan.
Namun itu tidak cukup menarik, ini kerana satu varian Civic yang lebih berprestasi iaitu versi Type R dikatakan akan dilancarkan pada tahun hadapan. Varian lain juga ditawarkan bersama iaitu Civic hibrid dengan dua motor hibrid.
Bagaimanapun, spesifikasi lengkap bagi model Civic Type R itu masih lagi rahsia sama ada enjin apa yang bakal digunakan. Untuk makluman anda, gambar di atas bukannya model sebenar Civic Type R baharu, ia adalah lakaran sahaja!
Bagi Civic Type R yang jual di pasaran ketika ini, ia menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan 306 hp dan tork 400 Nm. Ia menggunakan transmisi manual enam kelajuan.
Adakah ia menggunakan enjin sama atau pun ia digabungkan dengan sistem hibrid untuk meningkatkan lagi prestasinya.
Namun ada spekulasi mendakwa bahawa Civic Type R baharu itu bakal menerima versi plug-in hybrid. Ada juga khabar angin mengatakan model itu nanti bakal dilengkapi dengan tiga motor elektrik sebagai tambahan kepada enjin 2.0 liter turbo yang menyalurkan 400 PS dengan sistem pacuan semua roda.Kredit gambar: www.civicxi.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Honda Civic Type-R Edisi Terhad Cipta Rekod Terpantas Di Litar Suzuka

gempak
13/07/2020
06:37 MYT
Berjaya mencipta rekod lap baharu dengan catatan masa 2 minit 23.993 saat untuk pacuan roda depan di Litar Suzuka, Jepun.
drebar

Honda Civic Type R Jadi Kereta Keselamatan Rasmi World Touring Car Cup (WTCR) FIA 2020

gempak
06/07/2020
08:35 MYT
Penampilannya hasil sentuhan artis Belgium
drebar

Honda Civic Kekal No. 1 Segmen C Di Malaysia

gempak
03/07/2020
04:36 MYT
Ia menguasai pasaran sehingga 70 peratus dengan mencatatkan jualan sehingga 2,900 unit.
drebar

Honda Civic baharu bakal dilancarkan, ini ciri-ciri baharu yang kami tahu setakat ini

gempak
16/10/2019
05:56 MYT
Civic menawarkan enjin turbocharged sebagai pilihan untuk pemandu di Malaysia.
drebar

Team Mugen R kumpul kenderaan talaan Mugen di Malaysia

gempak
17/09/2019
04:35 MYT
Aksesori jenama Mugen mempunyai pengaruh kuat dalam dunia modifikasi tempatan dan ia boleh dilihat sempena Hari Keluarga Team Mugen R yang diadakan baru-baru ini.