Tempatan
Honda Civic Mugen RR Terpakai, Harga Lebih RM500,000
Bagi kereta sedan ini berharga £89,995 (RM527,815), mungkin tidak munasabah buat mereka yang bukan kaki kereta. Maklumlah, harganya lebih mahal daripada mula-mula ia ditawarkan pada awal ia dipasarkan.
Namun untuk yang betul-betul tahu nilai sebuah kenderaan JDM, harga itu tidaklah penting bagi mereka, terutama bagi model Honda Civic Mugen RR ini. Ia kekal unik kerana hanya 300 unit sahaja dihasilkan. Jentera yang hampir ‘pupus’ ini, buka untuk dijual oleh pengimpot kenderaan Jepun di United Kingdom, Torque GT.
Jentera yang ditala oleh Mugen itu menggunakan enjin 2.0 liter K20 yang mana beberapa komponen sudah ditukar membabitkan aci, sistem pengambilan dan ekzos baru, selain memodifikasi semula bahan bakar dan pencucuhan.
Selain itu, ia lebih ringan sehingga 165kg yang menjadikan Mugen RR hanya 1,095 kg. Bampar depan, pengambilan udara, ventilasi bonet, tempat duduk bucket dan banyak lagi diperbuat daripada material gentian karbon.
Ini mungkin menjadi satu daripada kereta jalan raya Honda yang paling hebat sepanjang masa. Cuma harga yang ditawarkan itu, mungkin segelintir daripada kita merasakan terlalu mahal buat kereta terpakai buatan tahun 2007 dan sudah dipandu sejauh 32,900 kilometer.
Spesifikasi Honda Civic Mugen RR
- Enjin: 2.0 liter
- Kuasa maksimum: 237bhp pada 8,000rpm
- Tork Maksimum 216Nm pada 7,000rpm
- Kelajuan Maksimum: 240km/j
Must-Watch Video