,
Antarabangsa

Hanya 15 Unit McLaren Sabre Dibina, Hasil Gabungan Model Speedtail dan Senna

Erywan
11/01/2021
09:25 MYT
Ada satu model edisi terhad baharu yang direka khas oleh McLaren Special Operations (MSO) untuk pelanggan jenama itu di Amerika Syarikat.
Dikenali sebagai Sabre, model ultra eksklusif ini mempunyai enjin 4.0 liter twin-turbo V8 dengan kuasa mencecah 824hp dan 800Nm, membolehkannya memecut sehingga 350km/j. Ini secara tidak langsung menjadikannya model bukan hibrid McLaren paling berkuasa setakat ini.
Hanya 15 unit Sabre akan dihasilkan dan setiap unit sudah pun mempunyai pemilik masing-masing. Apa yang menarik, setiap pemilik diberi keistimewaan untuk terlibat dalam proses pembangunan jentera itu. Ini termasuk menyertai sesi pandu uji semasa ia masih sedang dalam fasa pembangunan di sebuah litar persendirian di California pada awal tahun lalu.
Bukan itu sahaja, pemilik turut berpeluang memberikan maklum balas mengenainya kepada pereka dan jurutera McLaren di Woking dalam satu sesi perbualan video. Ini bagi memastikan rekaan supercar itu menepati citarasa dan spesifikasi yang dikehendaki oleh pelanggan.
Bercakap tentang rekaan, penampilan Sabre boleh dikatakan seperti gabungan antara dua lagi model eksklusif McLaren iaitu Speedtail dan Senna. Bentuk badannya yang dramatik digabungkan dengan ciri-ciri aerodinamik seperti ‘splitter’ hadapan, lubang aliran udara pada bahagian hud, dapra yang lebar serta sirip tengah bersambung dengan spoiler belakang. Tidak dilupakan adalah pintu ‘butterfly’ yang dibuka ke atas.
Sabre tidak boleh dijual di luar Amerika Syarikat walaupun jika McLaren mahu kerana setiap satu daripadanya “dihomologasikan mengikut piawaian persekutuan Amerika Syarikat dan menampilkan idea dan inovasi yang tidak dibenarkan oleh homologasi global.”
Harga model ini tidak didedahkan namun ia dikatakan berharga antara $1 hingga $2 juta (RM4 sehingga 8 juta). Unit pertama telah diserahkan kepada pemiliknya oleh McLaren Beverly Hills baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Laman Utama

Terbongkar Opai Bukan Pemilik Nombor Plat McLaren? Fatin Afeefa Kongsi Keadaan Suami Di Hospital - "Kena Pukul Dengan Geng Honda"

gempak
18/06/2023
22:36 MYT
Apa dah jadi dengan suami Fatin Afeefa? Kena Pukul?
drebar

Bekas Jentera F1 McLaren Lewis Hamilton Berjaya Dijual RM27.51 Juta

gempak
23/07/2021
03:53 MYT
Namun, ia bukannya jentera F1 paling mahal yang pernah dijual sebelum ini kerana ada beberapa model lain melepasi tanda harga itu.
drebar

McLaren Luaskan Rangkaian Supercar Hibrid Dengan Perkenalkan Artura

gempak
18/02/2021
08:22 MYT
Jentera ini boleh pandu secara elektrik sejauh 30km dengan kelajuan maksimum mencecah 130km/j.
drebar

McLaren Sahkan Ada Supercar Hibrid Baharu, Artura

gempak
16/12/2020
06:48 MYT
Ia bakal menggunakan rangkaian kuasa Hibrid Prestasi Tinggi (HPH).