,
Tempatan

Geely Xingyue L - SUV Baharu Keluaran Geely Guna 2.0 Liter Turbo, Salur 215hp atau 235hp

Erywan
26/04/2021
04:54 MYT
Barisan kenderaan utiliti sukan (SUV) Geely kini semakin berkembang dengan pengenalan model terbaharu iaitu Xingyue L di pameran Auto Shanghai 2021. Ia adalah model Geely ketiga yang menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA) selepas Xingrui dan Xing Yue.
Jika dibandingkan dengan Xing Yue yang merupakan SUV Coupe, Xingyue L mempunyai bentuk SUV yang lebih konvensional dengan ukuran tapak roda yang lebih panjang iaitu 2,845mm.
Mengetengahkan bahasa reka bentuk moden, model ini tampil jeriji Expanding Cosmos yang diisi dengan bilah-bilah menegak. Ia diapit oleh sepasang lampu Matrix yang setiap satunya mengandungi 126 unit LED dan boleh dikawal secara individu untuk tahap pencahayaan yang berbeza.
Tidak cukup dengan itu, lampu belakang dot-matrix mempunyai 176 unit LED, manakala jalur lampu yang menyambungkan kedua-dua unit lampu itu dikatakan dapat memberikan efek kosmik aurora apabila dilihat dari belakang.
Ruang dalaman menampilkan skema dua tona yang terdiri daripada kemasan hitam dan hijau Verdigris, serta upholsteri suede lembut untuk menghiasi segenap sudut kabin. Suasana mewah penuh gaya ini digabungkan dengan kecanggihan teknologi menerusi paparan infotainmen resolusi 1920 X 720 berukuran satu meter.
Bukan itu sahaja, Geely turut menyertakan sambungan berkelajuan tinggi 5G, sistem audio Bose dengan 10 pembesar suara, serta pencahayaan ambien dengan 72 pilihan warna sebagai sebahagian daripada sistem infotainmen.
Dengan adanya teknologi 5G, pemandu boleh menggunakan ciri Automated Valet System bagi membolehkan SUV ini mencari ruang parkir atau keluar dari ruang parkir dengan sendiri. Selain itu, ia juga mempunyai sistem pemanduan autonomi Tahap 2.
Di bawah hud, Xingyue L dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang dibangunkan secara bersama oleh Geely dan Volvo, dengan pilihan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan atau automatik lapan kelajuan. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan versi 215hp/325Nm atau 235hp/380Nm.
Kedua-duanya dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda BorgWarner dan pembahagian tork 50:50 yang berguna untuk pemanduan off-road. Terdapat lima mod pemanduan yang disediakan iaitu Eco, Norm, Sport, Snow dan Off-Road. Menurut Geely, Xingyue L akan memasuki pasaran China tidak lama lagi, disusuli dengan pasaran-pasaran lain pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jefri Nichol Gemar Sleep Call Teman Wanita Sebelum Tidur - “Lebih Tenang Tidur Kalau…”

gempak
23/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Indonesia Jefri Nichol mendedahkan dia gemar untuk ‘sleep call’ atau menghubungi pasangannya setiap kali sebelum tidur.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Unitar