,
Antarabangsa

Ford Mustang GT untuk mengejar jentera filem Need For Speed

Erywan
13/06/2019
05:12 MYT
Jika anda pernah menonton filem Need For Speed, ini mungkin sebuah daripada kereta yang anda belum pernah melihat dalam paparan skrin pawagam.
Kereta Mustang ini sebenarnya berada di hadapan jentera-jentera lumba filem tahun 2014 itu atau mengekori daripada belakang.
Ford Mustang ini sebenarnya adalah kereta yang dipasang kamera untuk merakam aksi-aksi perlumbaan berkelajuan tinggi.
Ford Mustang GT ini ditala khas untuk kegunaan rakaman filem sehingga ia boleh mengejar atau berada di hadapan supercar berkuasa 987hp.
Kereta itu ternyata melalui kerja-kerja modifikasi dengan pemasangan pengecas lampau Saleen yang mengekstrak kuasa 625hp.
Sistem brek juga ditingkatkan hingga berukuran 14 inci, juga daripada Saleen. Ia menggunakan kotak gear enam kelajuan manual.
Selain modifikasi untuk janaan kuasa tambahan, kereta ini juga dipasang roll cage kustom, tapak pemegang kamera hadapan dan belakang serta tempat duduk Corbeau.
Beg udara hadapan dikeluarkan untuk memasang peralatan elektronik tambahan untuk rakaman filem. Tiada kamera filem disertakan bersama kereta ini.
Mustang GT ini kini ditawarkan untuk jualan di eBay pada harga AS$39,900 (RM166,670).
Sumber: eBay
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

gempak
03/08/2021
07:11 MYT
Servis percuma dua-tahun sah untuk pelanggan baharu model Ranger WildTrak dan XLT Plus terpilih.
drebar

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
21/06/2021
08:24 MYT
Syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
drebar

Hoonitruck Mencari Pemilik Baru, Harga RM4.53 Juta. Ada berani?

gempak
16/06/2021
04:16 MYT
Ini menjadikan model trak pikap model F-150 paling mahal buat masa ini biarpun ia adalah keluaran 1977.
drebar

Ford AS Beri Insentif AS$1,000 Untuk Pelanggan Terus Bersabar

gempak
11/06/2021
04:22 MYT
Kelewatan stok kenderaan tiba kepada kumpulan pengedar berpunca daripada masalah bekalan cip semikonduktor global.
drebar

Ford Maverick - Trak Pikap Kompak, Lebih Kecil Daripada Ranger

gempak
11/06/2021
02:55 MYT
Biarpun kecil, ia masih dikekalkan dengan kemampuan untuk membawa beban maksimum 680kg dan kapasiti tunda maksimum 907kg.