,
Antarabangsa

Ford hidupkan semula model Puma, guna enjin EcoBoost dengan sistem mild-hybrid 48V

Erywan
01/07/2019
01:46 MYT
Setelah sekian lama, Ford menghidupkan semula nama model Puma tetapi bukan sebagai coupe kompak seperti sebelum ini, sebaliknya sebagai SUV kompak bergaya untuk pasaran Eropah.
Menggunakan platform yang sama dengan Fiesta baharu, Puma tampil reka bentuk yang tidak jauh berbeza dengan model hatchback itu tetapi hadir profil lebih lasak dan ‘stance’ lebih tinggi.
Reka bentuk bahagian dalaman juga jelas dipinjam daripada Fiesta. Namun sebagai sebuah SUV, Puma menawarkan lebih praktikaliti menerusi ciri-ciri seperti ruang but berkapasiti 456 liter, ruang penyimpanan sebesar 80 liter yang tersembunyi di bawah lantai but dan tailgate bebas-tangan.
Sistem infotainmen boleh diakses menerusi skrin sentuh 8 inci pada papan pemuka, manakala panel instrumen digital bersaiz 12.3 inci memaparkan maklumat penting mengenai kenderaan dalam gaya lebih moden.
Puma akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Titanium dan ST Line. Seperti biasa, ST Line adalah varian lebih sporty.
Antara kelengkapan yang disertakan adalah rim 18 inci (boleh dipertingkatkan kepada 19 inci), sistem suspensi sport, stereng ‘flat bottom’, jahitan kontras berwarna merah, pedal aloi, paddle shifter aluminium dan bumbung hitam.
Bagi enjin pula, Puma didatangkan dengan gabungan enjin EcoBoost 1.0-liter tiga silinder dengan sistem mild-hybrid 48V. Ia boleh didapati dalam versi 125PS dan 155PS, kedua-duanya dengan tahap penggunaan bahan api 5.4l/100km. Versi diesel dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan akan ditawarkan kemudian.
Selain ciri-ciri sedia ada seperti Active Cruise Control, Automatic Emergency Braking dan Lane Keep Assist, Puma turut dilengkapi dengan sistem CoPilot360 yang membolehkan ia beroperasi secara separa autonomi dalam keadaan tertentu seperti kesesakan lalu lintas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terbesar Di Asia Tenggara, Ini 5 Perkara Menarik Tentang Store PUMA Malaysia

gempak
11/09/2024
18:55 MYT
Bagi peminat jenama PUMA, kami kongsikanlima perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai pelancaran kedai perdana terbesar ini.
drebar

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

gempak
03/08/2021
07:11 MYT
Servis percuma dua-tahun sah untuk pelanggan baharu model Ranger WildTrak dan XLT Plus terpilih.
drebar

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
21/06/2021
08:24 MYT
Syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
drebar

Hoonitruck Mencari Pemilik Baru, Harga RM4.53 Juta. Ada berani?

gempak
16/06/2021
04:16 MYT
Ini menjadikan model trak pikap model F-150 paling mahal buat masa ini biarpun ia adalah keluaran 1977.
drebar

Ford AS Beri Insentif AS$1,000 Untuk Pelanggan Terus Bersabar

gempak
11/06/2021
04:22 MYT
Kelewatan stok kenderaan tiba kepada kumpulan pengedar berpunca daripada masalah bekalan cip semikonduktor global.