,
Antarabangsa

Ferrari Lancar Edisi Terhad 488 GT Modificata, Tetapi Untuk Kegunaan Litar Sahaja

Erywan
26/11/2020
08:46 MYT
Bagi mereka yang suka memandu di litar, Ferrari melancarkan edisi terhad 488 GT Modificata dengan dibangunkan menggunakan teknologi daripada dua model iaitu 488 GT3 dan 488 GTE. Nama ‘Modificata’ yang diberikan itu adalah istilah Ferrari dalam mereka cipta model dengan menawarkan pretasi lebih tinggi.
GT Modificata menawarkan prestasi yang maksimum berbanding 488 GT3 dan 488 GTE. Ia juga dibangunkan dengan menggunakan teknologi baharu terhadap rangkaian kuasa tanpa terikat piawaian FIA Balance of Performance.
Jentera edisi terhad itu menggunakan enjin V8 turbo berkembar, tetapi sudah dinaik taraf dengan material enjin perlumbaan sekali gus mampu menyalurkan 690hp. Kotak gear pula, boleh didapati dengan nisbah transmisi yang berbeza, selain dipadankan klac gentian karbon untuk meningkatkan kuasa dan tork.
Jentera itu juga mempunyai aerodinamik downforce yang cukup baik dengan catatan lebih 1000kg pada kelajuan 230km/j. Sistem suspensinya pula diambil daripada teknologi 488 GTE dan kuasa hentian dibangunkan bersama brek berprestasi, Brembo. Ia juga menggunakan sistem ABS daripada 488 GT3 Evo 2020.
Seperti model Ferrari yang lain, pelanggan juga boleh melakukan tempahan khas bagi penampilan luaran dan dalaman kenderaan mereka. Walaupun mempunyai banyak wang, jentera itu hanya boleh dimiliki sekiranya anda menyertai acara Club Competizioni GT dan Ferrari Competizioni GT sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Sukan

Lewis Hamilton Bakal Sertai Ferrari Musim 2025

gempak
02/02/2024
04:55 MYT
Lewis Hamilton akan meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari untuk musim Formula 1 2025
drebar

Ferrari Portofino M Dah Masuk Malaysia, Harga Bermula RM998,000 Sebelum Duti, Cukai Dan Insurans

gempak
27/09/2021
03:53 MYT
Enjin lebih berkuasa berbanding model Portofino sebelum ini.
drebar

Ferrari 812 Superfast Limited Edition - Rekaan Lebih Agresif, Ringan Dan Enjin Banyak Modifikasi

gempak
26/04/2021
04:13 MYT
Sekilas pandang ia masih nampak seperti 812 Superfast standard, tetapi supercar ini sebenarnya lebih ringan menerusi penggunaan komponen gentian karbon.
drebar

Model Replika Mini Ferrari SF1000 Berharga RM37,140

gempak
08/03/2021
09:30 MYT
Pasukan pereka dan pembina menghabiskan masa selama 2,500 jam untuk proses pembangunan model replika ini.