,
Antarabangsa

Ferrari 812 GTS - Convertible paling berkuasa di dunia

Erywan
13/09/2019
09:21 MYT
Ferrari secara rasminya memperkenalkan versi convertible kepada 812 Superfast dan ia dikenali sebagai 812 GTS.
Apa yang menarik tentang model terbaru dari Maranello ini adalah ia dikatakan jentera convertible paling berkuasa di dunia.
Sama seperti Superfast, 812 GTS dipacu oleh enjin aspirasi natural 6.5-liter V12 yang menjana 789hp pada 8,500 rpm dan 718Nm pada 7,000 rpm.
Ini meletakkannya di hadapan Chevrolet Corvette ZR1 (C7) Convertible yang mempunyai 755hp dan juga Lamborghini Aventador SVJ Roadster yang mempuyai 759hp.
Dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan, jentera ini memerlukan kurang tiga saat untuk memecut dari 0 hingga 100km/j atau 8.3 saat untuk memecut dari 0 hingga 200km/j.
Ia mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 340km/j walaupun dengan bumbung terbuka. Bagi menjadikannya ia sebuah convertible, Ferrari sudah mereka semula bahagian bumbung dan ruang bagasi.
Hasilnya, 812 GTS mempunyai dua ‘buttress’ di mana di bawahnya tersimpan mekanisma bumbung apabila ia dibuka.
812 GTS menggunakan bumbung jenis ‘hardtop’ yang boleh dibuka dalam masa 14 saat ketika ia bergerak pada kelajuan sehingga 45km/j.
Kehadiran mekanisma tambahan serta pengukuhan yang dilakukan pada casis secara tidak langsung menambah berat sebanyak 75kg.
Selain itu, model ini juga mempunyai cermin penghadang belakang yang direka untuk mengurangkan kesan pergolakan angin di dalam kabin ketika bumbung diturunkan. Ini juga membuatkan bunyi enjin dan ekzos lebih mudah didengari.
Menurut Ferrari, kali terakhir mereka menghasilkan model convertible bukan edisi terhad dengan enjin V12 di hadapan adalah pada tahun 1969 iaitu 365 GTS4 yang turut dikenali sebagai Daytona Spider.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Sukan

Lewis Hamilton Bakal Sertai Ferrari Musim 2025

gempak
02/02/2024
04:55 MYT
Lewis Hamilton akan meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari untuk musim Formula 1 2025
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
drebar

Ferrari Portofino M Dah Masuk Malaysia, Harga Bermula RM998,000 Sebelum Duti, Cukai Dan Insurans

gempak
27/09/2021
03:53 MYT
Enjin lebih berkuasa berbanding model Portofino sebelum ini.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.