,
Tempatan

Citroen C5 X Bentuk Crossover Dengan Sedikit Pengaruh Wagon

Erywan
20/04/2021
04:15 MYT
Jika anda masih ingat, Citroen pernah mempertontonkan kereta konsep Cxperience di acara Paris Motor Show 2016. Selepas lima tahun berlalu, kereta konsep tersebut akhirnya ‘dihidupkan' sebagai model produksi yang dikenali sebagai C5 X.
Tampil dalam bentuk crossover dengan sedikit pengaruh wagon, C5 X merupakan model flagship yang menggantikan sedan C5 yang dihentikan pengeluarannya pada 2017. Walaupun reka bentuk versi produksi ini jauh berbeza dengan model konsep itu, ia tetap kelihatan unik.
Dibina di atas platform EMP-2 yang turut digunakan oleh Peugeot 508 dan DS 9, C5 X mempunyai ukuran panjang 4,805mm, lebar 1,865mm, dan tinggi 1,485mm. Ukuran tapak rodanya pula adalah 2,785mm, iaitu 10mm lebih pendek berbanding 508. Seperti C4, ia mempunyai signatur lampu LED berbentuk X pada bahagian hadapan dan belakang.
Menurut Citroen, ruang kabin model ini mengutamakan ruang dan keselesaan penumpang. Ia dicapai menerusi penggunaan tingkap kaca 360 darjah yang menjadikan kabin terasa lebih luas, serta tempat duduk Advanced Comfort dan sistem suspensi Advanced Comfort. Versi hibrid plug-in mendapat sistem suspensi aktif dengan tiga pilihan mod.
Dari segi kelengkapan, C5 X didatangkan dengan paparan ‘head up’ warna bersaiz besar yang membolehkan pemandu mendapatkan maklumat seperti kelajuan, panggilan telefon dan navigasi tanpa perlu mengalihkan pandangan dari jalan raya.
Selain itu, terdapat juga skrin sentuh 12 inci yang mempunyai antaramuka seperti tablet, widget dan ciri kawalan suara. Empat soket USB Type C dan fungsi pengecasan tanpa wayar turut disertakan.
C5 X bakal hadir dengan trenkuasa hibrid plug-in yang menawarkan kuasa keseluruhan berjumlah 225hp. Maklumat terperinci mengenainya masih belum didedahkan, namun menurut syarikat itu, ia mempunyai jarak pemanduan elektrik sejauh lebih 50km dan kelajuan maksimum elektrik 135km/j. Crossover wagon ini juga akan ditawarkan dengan enjin petrol.
Satu lagi kelebihan model ini adalah ia mempunyai Pemanduan Autonomi Tahap 2. Ini dibolehkan menerusi ciri Highway Driver Assist yang menggabungkan Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go, dan Lane Keeping Assist.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Berita

Tiada Lagi Khemah Biru, Aktiviti Berkelah Kembali Seronok Di Port Dickson

gempak
24/11/2024
08:25 MYT
Ia selepas Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengarahkan semua pengusaha khemah biru di pantai terbabit menghentikan aktiviti perniagaan sewaan khemah mulai 18 November lalu.
Hiburan

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
24/11/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
gegar-vaganza-11

GV 11: Takut Naik Pesawat, The Lima Sanggup Tak Balik Indonesia - “ Kami Pulang Bila…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Meskipun merindui kampung halaman, namun kerana takut untuk menaiki pesawat mereka membuat keputusan untuk terus tinggal di Malaysia.
gegar-vaganza-11

GV 11: Hetty Koes Endang Gembira Dapat Kembali Sebagai Juri, Harap Peserta Santai Membuat Persembahan - “Anggap Sahaja Ia Seperti…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Menurut juri tetap GV itu, apa yang penting adalah setiap peserta seharusnya menjaga kesihatan mereka sepanjang bertanding di program realiti hiburan pilihan peminat itu.
Unitar