,
Tempatan

Caltex dengan Techron®, bahan api yang digunakan Honda Civic EG6 untuk pecah Guinness World Records®

Erywan
24/07/2019
03:29 MYT
Caltex dengan Techron® adalah bahan api yang digunakan sebuah kereta lama untuk memecah rekod Guinness World Records® dalam ujian pendakian terpantas di laluan gunung Doi Chang, Chiang Mai, Thailand pada Mac lalu.
Rekod pendakian terpantas itu disiarkan dalam dua siri ‘Record Rides’ di saluran National Geographic dan Caltex menjadi penaja utama program berkenaan yang mana ia adalah sebahagian daripada Caltex’s Fuel Power Challenge.
Lebih menariknya, rekod ‘Fastest Ascent of Doi Chang Mountain Road by Car” itu dipecah oleh seorang pemandu profesional wanita, Natasha Chang, berdarah kacukan Jamaica dengan China.
Seorang lagi pemandu iaitu pengacara televisyen dari Filipina, KC Montero turut terbabit sama dalam cabaran berkenaan, tetapi Natasha berjaya mencatatkan masa 6 minit 52.692 saat pendakian terpantas jalan berbukit Doi Chang dengan kereta. Ia boleh dianggap pemanduan paling mencabar pernah dicatatkan di rantau Asia setakat ini.
Pengurus Kejuruteraan Produk Caltex, Greg Engeler berkata, Caltex dengan Techron® dirumus khas untuk membersihkan dan melindungi enjin.
“Kejayaan dalam Guinness World Records® itu membuktikan bagaimana kebersihan enjin boleh dilakukan oleh Techron® pada tahap optimum sekali gus memberi kuasa maksimum kepada kenderaan anda.
“Inilah bahan api yang sama pelanggan kami dapat di stesen Caltex untuk kenderaan mereka,” katanya pada majlis Perasmian Pecah Rekod Bahan Api Caltex, di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Pengerusi Chevron Malaysia Limited, Shahid Ahmed.
Natasha yang sebelum ini membuat penampilan sulung dalam dunia permotoran pada 2006 memaklumkan bahawa beliau memandu Honda Civic EG6 buatan 1991 yang diubah suai untuk pecah rekod berkenaan.
“Kereta itu sebelum ini tidak menggunakan Caltex dengan Techron®. Bagaimanapun, selepas menggunakan bahan api Caltex dengan Techron®, ia memberi bunyi enjin yang berlainan dan lebih baik,” katanya.
Buat pengetahuan anda, prestasi enjin akan menurun sekiranya deposit berada di injap pengambilan dan penyuntik bahan api. Jadi Techron® dengan bahan kimia yang unik mampu menghilangkan dan melindungi enjin daripada deposit di kawasan berkenaan.
Caltex dengan Techron® yang mengandungi Clean & Glide Technology™ turut membantu mengurangkan geseran sekali gus memaksimumkan kuasa kenderaan.
Pada masa sama, Dato’ Hans Isaac sebagai rakan selebriti Caltex Malaysia mencabar dirinya untuk pergi lebih jauh lagi bersama Caltex dengan Techron®.
Beliau bakal melakukan cabaran satu tangki minyak penuh bersama rakannya Man untuk mendaki laluan Cameron Highland, Pahang menggunakan Proton Saga buatan tahun 1985. Sama-sama kita tunggu keputusannya nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertorial

Pergi Caltex Bukan Sekadar Isi Minyak, Ini Tiga Perkara Yang Korang Akan Dapat Jika Singgah!

gempak
16/04/2024
12:55 MYT
Korang mesti love.
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.
drebar

4 tips mudah untuk panduan jika terbabit kemalangan

gempak
02/05/2020
05:10 MYT
Biarpun berhati-hati sekali pun, kecelakaan itu tetap akan berlaku sama ada ia berpunca daripada orang lain.
drebar

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas jual secara terhad, memilikinya sebelum habis!

gempak
13/12/2019
03:42 MYT
Dijual pada harga RM120,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM126,388 untuk Sabah dan Sarawak.