,
Tempatan

Bugatti Chiron Sport Yang Eksklusif Ini Adalah Hadiah Buat Isteri

Erywan
17/02/2021
07:32 MYT
Setiap Bugatti baharu yang meninggalkan kemudahan Atelier di Molsheim, Perancis dihasilkan dengan peringkat perincian perhatian dan penjagaan, malah tidak ada model sama dikeluarkan.
Ini kerana semua pembeli menjalani proses personalisasi unik bagi mendapatkan kereta terbaik mereka. Bahkan tawaran senarai spesifikasi juga tiada penghujungnya.
Misalnya konsep unik Chiron Sport ini yang ditempah pelanggan sebagai hadiah buat isteri. Menerusi padanan dan pilihan pada model Chiron Sport 'Alice' itu menunjukkan kemungkinan proses kustom yang hampir tidak terbatas atau pun infiniti.
Apabila pelanggan mahukan pilihan penampilan dan cita rasa kereta sportcar mereka, pihak Bugatti komited melakukan rekaan dan pasukan jualan akan menjadikannya realiti.
Duta jenama H.R.Owen bekerjasama dengan operasi rekaan Molsheim bagi menghasilkan 'Alice' ini dengan kemasan akhir Matt Blanc dan Silk Rose (warna baharu Bugatti yang dipilih untuk model terbabit).
Disesuaikan dengan keinginan kreatif pelanggan pada peringkat rekaan dan proses pembinaan, hypersport ini adalah Chiron yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini.
Warna badan Silk Rose dipadankan dengan warna Matt Blanc pada kerangka luaran dan trim bahagian bawah yang memberikan suntikan warna cerah pada rim aloi yang menonjol.
Campuran warna kulit dan material Alcantara dalam Gris Rafale menyerlahkan kabin Chiron Sport lengkap dengan sulaman logo Alice pada bahagian perehat kepala selain jahitan Chiron Sport yang dikesan di beberapa bahagian kabin. Logo Alice berwarna Silk Rose turut disematkan pada sil pintu material aluminium.
Perjalanan penghasilan Bugattti Chiron Sport 'Alice' bermula di London, England. Perjalanan tempahan ini bermula di H.R Owen Bugatti, rakan niaga rasmi yang terletak di London, England.
H.R Owen Bugatti adalah rakan kongsi terbaik untuk jualan dan servis Bugatti sekali gus menjadi satu daripada rakan peniaga Bugatti yang paling berjaya di dunia.
Chiron Sport mewakili watak yang berbeza bagi model Chiron yang menawarkan casis lebih keras sekali gus menyumbang kepada pengendalian yang lebih tajam dan lincah.
Ia masih mengekalkan enjin W16 8.0 liter dan dihasilkan di Atelier di Molsheim dengan harga seunit EURO 2.65 juta (RM12.99 juta).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV 11: Takut Naik Pesawat, The Lima Sanggup Tak Balik Indonesia - “ Kami Pulang Bila…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Meskipun merindui kampung halaman, namun kerana takut untuk menaiki pesawat mereka membuat keputusan untuk terus tinggal di Malaysia.
gegar-vaganza-11

GV 11: Hetty Koes Endang Gembira Dapat Kembali Sebagai Juri, Harap Peserta Santai Membuat Persembahan - “Anggap Sahaja Ia Seperti…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Menurut juri tetap GV itu, apa yang penting adalah setiap peserta seharusnya menjaga kesihatan mereka sepanjang bertanding di program realiti hiburan pilihan peminat itu.
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Berita

Penunggang Motosikal Terbunuh Dilanggar Lori Berundur Secara Tiba-Tiba

gempak
24/11/2024
02:45 MYT
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru, di sini, pada Sabtu.
Unitar