,
Tempatan

BMW Tawar 300 Unit F 900 R Force Inspirasi Daripada Pesawat Tempur

Erywan
30/04/2021
06:52 MYT
BMW Perancis memperkenalkan satu varian istimewa F 900 R yang dikatakan meminjam inspirasi daripada pesawat tempur. Hanya 300 unit akan dijual secara eksklusif kepada pelanggan di Perancis.
Dipanggil F 900 R Force, motosikal itu roadster itu didatangkan dalam warna biru (San Marino Blue) dengan kemasan warna kuning floresen ( Fluorescent Yellow). Skim warna itu menyerlahkan lagi rekaan pada sesebuah jet tempur.
BMW F 900 R Force sebenarnya ada menerima pilihan naik taraf iaitu perisai angin dengan logo R berwarna kuning, belly pan dengan kemasan floresen, kowl pelana dengan paparan edisi terhad di atasnya serta rim berwarna kuning terang.
Model ini didatangkan dengan fungsi quickshifter, sistem pencahayaan LED penuh, skrin digital TFT bersaiz 6.5 inci dan beberapa mod tunggangan. Tambahan lain ialah fork terbalik USD (upside-down) dan set angkup brek jenama Brembo.
Enjin dwi-silinder motosikal ini berkapasiti 895cc yang boleh menghasilkan output maksimum 105hp dan tork puncak 92Nm. Cuma, bagi pemegang lesen A2, kuasa akan dihadkan kepada 47.5hp dan tork sekuat 66Nm.
Kuasa boleh ditingkatkan semula selepas golongan penunggang berjaya tamat tempoh lesen kelas A2. Harga motosikal ini cuma 9,790 Euro (RM48,666) iaitu lebih mahal 900 Euro (RM4,475) berbanding model standard F 900 R.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Berlagak Pakai BMW, Remaja Teruk Dihencap Netizen Sebab Hina Penunggang Motosikal - "Muka Pun Macam..."

gempak
03/09/2024
13:55 MYT
"Kerana mulut badan binasa", itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan individu yang tidak menjaga percakapan sehingga memakan diri.
Viral

"Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi

gempak
09/07/2024
06:00 MYT
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terkejut dan tidak menyangka menerima hadiah mewah daripada suaminya sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Laman Utama

Anak Ben Affleck Usia 10 Tahun Bawa Lamborghini Langgar BMW

gempak
28/06/2022
03:50 MYT
Anak lelaki Ben Affleck, Samuel Garner Affleck telah menyebabkan kemalangan kecil terhadap dua buah kereta mewah.
drebar

BMW Group Malaysia Anjur Kempen Istimewa Bagi Model BMW M Terpilih Sempena Hari Malaysia

gempak
15/09/2021
08:08 MYT
Pelanggan dan peminat M dapat menikmati tawaran terbabit sepanjang minggu ini.