,
Antarabangsa

BMW R 18 Guna Enjin Boxer 1,800cc, Harga Bermula RM149,500

Erywan
09/10/2020
11:01 MYT
BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW R 18 terbaharu dengan membuat kemunculan dalam segmen kruiser bagi pasaran tempatan.
Kruiser itu meminjam beberapa elemen daripada model terkenal seperti BMW R5 dari penampilan, tetapi menerapkan dengan teknologi moden daripada jurutera dari Jerman. Varian First Edition yang eksklusif ini menggunakan enjin boxer dua silinder sejukan udara bersesaran 1,802cc yang mampu menyalurkan output 91hp dengan tork maksimum 158Nm. Kelajuan tertingginya boleh mencecah 180km/j.
Kuasa itu disalurkan kepada roda menerusi transmisi klac kering enam kelajuan, selain hadir dengan gear mengundur. Berat jentera ini, boleh mencecah 345kg, agak berat!
Sistem pencucuhan pula menggunakan ciri percikan berkembar yang membantu sistem suntikan bahan api elektronik yang menjanjikan penggunaan bahan api serendah 5.6 liter/100 km.
Sistem suspensi pula adalah jenis fork teleskopik klasik dengan sarung fork dan strut cantilever, manakala di bahagian belakang pula dalah jenis steel swinging fork dengan strut hentakan tengah. Bagi memberi pengendalian yang berbeza, R 18 itu mempunyai tiga mod tunggangan ditawarkan iaitu Rock, Roll dan Rain.
Kuasa hentiannya diserahkan kepada angkup brek empat omboh dengan dua cakera 300 mm di hadapan dan cakera tunggal di bahagian belakang, serta dibantu dengan Integral Anti-lock Braking System, Automatic Stability Control (ASC).
Kruiser mewah ini turut dibekalkan pencahayaan yang jelas dengan lampu hadapan LED penuh serta lampu belakang LED. Tangkinya pula lebih besar dengan kapasiti 16 liter dengan berbentuk titisan air.
Seperti yang diberitahu, BMW R 18 untuk pasaran Malaysia boleh didapati dalam versi First Edition. Setiap pembelian BMW R 18 turut didatangkan ‘Welcome Pack’ yang mempunyai tiga logo BWM lama, topi, sarung tangan dan pemutar skru.
Harga jualan BMW R 18 First Edition bermula dari RM149,500 atau bulanan serendah RM2,411 menerusi pelan pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia yang tertakluk kepada pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Berlagak Pakai BMW, Remaja Teruk Dihencap Netizen Sebab Hina Penunggang Motosikal - "Muka Pun Macam..."

gempak
03/09/2024
13:55 MYT
"Kerana mulut badan binasa", itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan individu yang tidak menjaga percakapan sehingga memakan diri.
Viral

"Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi

gempak
09/07/2024
06:00 MYT
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terkejut dan tidak menyangka menerima hadiah mewah daripada suaminya sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Laman Utama

Anak Ben Affleck Usia 10 Tahun Bawa Lamborghini Langgar BMW

gempak
28/06/2022
03:50 MYT
Anak lelaki Ben Affleck, Samuel Garner Affleck telah menyebabkan kemalangan kecil terhadap dua buah kereta mewah.
drebar

BMW Group Malaysia Anjur Kempen Istimewa Bagi Model BMW M Terpilih Sempena Hari Malaysia

gempak
15/09/2021
08:08 MYT
Pelanggan dan peminat M dapat menikmati tawaran terbabit sepanjang minggu ini.