Tempatan

BMW CE 02, Model Konsep Motosikal Mini Elektrik Yang Boleh Tunggang Sejauh 90km

gempak
Erywan
02/09/2021
05:12 MYT
Sponsor Banner
BMW CE 02, Model Konsep Motosikal Mini Elektrik Yang Boleh Tunggang Sejauh 90km
Selain menawarkan motosikal berkuasa tinggi, BMW Motorrad kini cuba mencari ruang untuk memasuki pasaran jentera dua roda berkapasiti lebih kecil.
Uniknya, syarikat automotif dari Jerman itu bukannya bersaing dalam menghasilkan motosikal menggunakan enjin konvensional, tetapi lebih kepada motor elektrik.
Seperti model konsep CE 02 ini, ia motosikal elektrik yang bersaiz kecil yang bakal dipamerkan pada IAA Mobility (Pameran Mobiliti Motor) 2021 di Jerman pada minggu hadapan.
Sekali lihat, ia seakan-akan seperti Honda Grom atau di Malaysia dikenali Honda Monkey. Cuma CE 02 menggunakan motor elektrik yang mana mampu menyalurkan kuasa sehingga 15hp.
BMW memaklumkan bahawa sekali cas, ia mampu ditunggang sejauh 90 kilometer, dengan kelajuan maksimum boleh mencecah 90km/j.
Motosikal itu disasarkan kepada golongan muda berumur dari 16 tahun ke atas yang mana tidak mempunyai pengalaman menunggang, tetapi mahu mencuba benda baharu dari segi teknologi pintar.
Ciri lain yang ada pada CE 02, ia juga boleh meletak papan selaju (skateboard) untuk menjadi tempat pemijak kaki.
Spesifikasi konsep BMW CE 02:
Kuasa: 15hp
Kelajuan maksimum: 90/j
Jarak tunggangan sekali cas: 90km
Roda: 15 inci
Ketinggian: 730mm
Berat: 120kg
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024