,
Tempatan

BMW 8 Series Frozen Black Edition, Hitam Itu Menawan!

Erywan
28/06/2021
03:12 MYT
Peminat BMW di Jepun boleh dikatakan sangat beruntung kerana saban tahun, ada sahaja model edisi istimewa yang dilancarkan khas untuk pasaran negara itu. Yang terbaru adalah 8 Series Frozen Black Edition yang mempunyai penampilan serba hitam di luar dan juga di dalam.
Untuk bahagian luaran, warna yang digunakan adalah warna hitam matte Frozen Black yang diambil dari katalog BMW Individual. Ia dipadankan dengan kemasan hitam pada jeriji ‘kidney’, muncung ekzos, rim aloi 728M berukuran 20 inci dan angkup brek M Sport yang tersembunyi di sebaliknya.
Tema yang sama digunakan pada bahagian kokpit menerusi upholsteri kulit Merino, kemasan Alcantara pada bahagian bumbung dan trim hitam piano BMW Individual pada papan pemuka. Sebagai pelengkap kepada suasana mewah ini, BMW turut menyertakan sistem audio keliling Bowers & Wilkins Diamond dan bumbung panoramik elektrik pada varian Gran Coupe.
8 Series Froze Black Edition boleh didapati dalam versi Coupe dan Gran Coupe, dengan pengeluaran terhad kepada 20 unit sahaja iaitu lima untuk Coupe dan selebihnya untuk Gran Coupe.
Kedua-duanya didatangkan dalam varian 840i yang bermakna ia dikuasakan oleh enjin turbo enam silinder bersesaran 3.0-liter yang menghasilkan 335hp pada 5,000 rpm dan 500Nm pada 1,600 rpm. Enjin terbabit dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.
Harga untuk model ini bermula dari 15 juta yen (RM563,200) untuk versi Coupe dan 15.1 juta yen (RM566,960) untuk versi Gran Coupe. Tempahan untuknya akan dibuka pada 30 Jun hadapan menerusi BMW Online Store.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Berlagak Pakai BMW, Remaja Teruk Dihencap Netizen Sebab Hina Penunggang Motosikal - "Muka Pun Macam..."

gempak
03/09/2024
13:55 MYT
"Kerana mulut badan binasa", itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan individu yang tidak menjaga percakapan sehingga memakan diri.
Viral

"Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi

gempak
09/07/2024
06:00 MYT
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terkejut dan tidak menyangka menerima hadiah mewah daripada suaminya sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Laman Utama

Anak Ben Affleck Usia 10 Tahun Bawa Lamborghini Langgar BMW

gempak
28/06/2022
03:50 MYT
Anak lelaki Ben Affleck, Samuel Garner Affleck telah menyebabkan kemalangan kecil terhadap dua buah kereta mewah.
drebar

BMW Group Malaysia Anjur Kempen Istimewa Bagi Model BMW M Terpilih Sempena Hari Malaysia

gempak
15/09/2021
08:08 MYT
Pelanggan dan peminat M dapat menikmati tawaran terbabit sepanjang minggu ini.