,
Antarabangsa

Audi RS6 Avant RS Tribute Edition - Wagon Ini Memiliki 600PS, Prestasinya Menyamai Supercar

Erywan
28/09/2020
01:27 MYT
Audi memperkenalkan RS6 Avant ‘RS Tribute Edition’ sebagai penghormatan kepada model RS pertama iaitu RS2 Avant yang dilancarkan pada 1994.
Terhad kepada 25 unit sahaja untuk pasaran Amerika Syarikat, model ini didatangkan dalam warna Nogaro Blue yang dipadankan dengan warna hitam pada gril, skirt sisi, diffuser dan rel bumbung. Apa yang menarik, RS2 Avant juga pernah ditawarkan dalam warna yang sama.
Selain itu, RS Tribute Edition turut didatangkan dengan rim V-spoke berukuran 22 inci, manakala angkup breknya berwarna merah untuk penampilan yang lebih garang.
Ruang kabin pula dihiasi dengan trim gentian karbon dan jahitan kontras biru denim. Turut disertakan adalah tempat duduk Valcona S Sport, karpet RS, serta dua pakej kelengkapan iaitu Driver Assistance yang merangkumi Adaptive Cruise Assist dan Side Assist, dan Executive yang merangkumi pemanas tempat duduk belakang.
Pada masa sama, ia juga dilengkapi paparan ‘head up’, pintu ‘soft close’ dan sistem audio 3D Bang & Olufsen.
Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan dalam aspek prestasi, di mana wagon berprestasi tinggi ini kekal dengan enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang mampu menjana 600PS dan 800Nm.
Dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda quattro, ia hanya memerlukan 3.6 saat untuk memecut dari 0 hingga 100km/j.
Audi RS6 Avant RS Tribute Edition dijual pada harga $136,800 (RM567,380) atau $27,800 (RM115,300) lebih mahal berbanding versi biasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kecoh Bila Kereta Audi Rentung Di Kawasan Perumahan Menjelang Syawal… Apa Sebabnya?

gempak
08/04/2024
03:55 MYT
Berbaki beberapa hari menjelang Aidilfitri, satu keluarga diuji dengan dugaan berat apabila kenderaan mereka terbakar dipercayai disebabkan terkena bunga api. Menerusi posting yang dibuat oleh seorang pengguna Platform X, individu itu mendakwa kereta berjenama Audi tersebut rentung disebabkan oleh tindakan anak kepada jiran mangsa yang membakar
drebar

Ken Block Sertai Audi Untuk Kembangkan Kenderaan Elektrik Masa Depan

gempak
29/09/2021
03:48 MYT
Block melancarkan video baharunya di YouTube yang mendokumentasikan pengalamannya di Jerman dengan didedahkan sejarah Audi.
drebar

Audi RS6 Avant Johann Abt Signature Edition, Pilihan Bapa Yang Jiwa Kelajuan

gempak
29/06/2021
03:53 MYT
Jentera ini dihasilkan bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-125 syarikat talaan itu.
drebar

Audi TTS Competition Plus, Dihasilkan Untuk Menonjolkan Lagi Imej Sporty

gempak
26/11/2020
04:30 MYT
Tersimpan di bawah hud TTS Competition Plus adalah enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang sudah ditala bagi menghasilkan 320PS, iaitu 14PS lebih tinggi berbanding sebelum ini.
drebar

Audi Perkenalkan R8 Green Hell, Ada 620PS dan 580Nm

gempak
15/10/2020
02:32 MYT
R8 Green Hell Edition akan dikeluarkan di kilang pemasangan Böllinger Höfe yang dijual bermula RM1.14 juta.