,
Tempatan

Aston Martin Valkyrie AMR Pro - 40 Unit Dibina Dan Bakal Diserah Kepada Pemiliknya Hujung Tahun Ini

Erywan
01/07/2021
03:02 MYT
Jika anda masih ingat, Aston Martin pernah mendedahkan sebuah prototaip hypercar berasaskan Valkyrie di Geneva Motor Show 2018. Jentera itu asalnya akan dibangunkan untuk berlumba di Le Mans namun pada tahun lalu, program itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Tetapi jangan salah sangka kerana hypercar itu masih ‘hidup’ dan kini ia diperkenalkan sebagai kereta litar edisi terhad yang dikenali sebagai Valkyrie AMR Pro. Model ini mendapat banyak manfaat daripada program Le Mans terbabit dan yang paling penting, pembangunannya tidak terikat dengan mana-mana peraturan perlumbaan.
Antaranya manfaat yang dimaksudkan adalah platform unik yang mempunyai ukuran tapak roda yang lebih panjang sebanyak 380mm, serta jarak antara roda kiri dan kanan yang lebih lebar iaitu 96mm di hadapan dan 115mm di belakang.
Seperti yang boleh dilihat, ia juga mempunyai pakej aerodinamik yang lebih rumit jika dibandingkan dengan versi standard. Aston Martin berkata kit badan ini menjadikan Valkyrie AMR Pro 266mm lebih panjang, manakala ‘downforce’ yang dijana adalah dua kali ganda lebih tinggi. Ia juga mampu mencapai pecutan lateral melebihi 3G.
Satu lagi manfaat yang dinikmati oleh jentera ini adalah pengurangan berat seperti penggunaan komponen suspensi yang diperbuat daripada gentian karbon serta tingkap polikarbonat. Sistem hibridnya juga disingkirkan, bermakna Valkyrie AMR Pro mendapat bekalan kuasanya daripada satu sumber sahaja iaitu enjin 6.5-liter V12 yang menjana 1,000hp.
Walaupun jumlah itu lebih rendah berbanding apa yang dimiliki oleh Valkyrie standard (1,160hp), Aston Martin berkata ia mampu menyaingi prestasi kereta Formula One. Syarikat itu turut menetapkan sasaran untuk melakukan catatan masa 3 minit 20 saat di litar Circuit de la Sarthe di Le Mans, Perancis.
Aston Martin merancang untuk menghasilkan 40 unit Valkyrie AMR Pro dan penyerahannya dijangka bermula pada suku keempat tahun ini. Pelanggan bakal mendapat pakej pengalaman memandu di litar-litar FIA di seluruh dunia dan pelbagai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

JDT Dan Aston Martin, Bakal Keluarkan Aston Martin Versi JDT Edition

gempak
28/07/2021
03:08 MYT
Ibu Pejabat Aston Martin di United Kingdom sudah bersetuju untuk mengeluarkan kereta bertema ‘JDT Edition’.
drebar

Aston Martin Tawar Varian Tertinggi Barisan Vantage Menerusi F1 Edition

gempak
24/03/2021
02:48 MYT
Tampil warna hijau Racing Green yang sama seperti jentera AMR21 milik pasukan Aston Martin Cognizant serta kereta keselamatan Vantage.
drebar

Buat Pertama Kalinya Dalam Formula 1, Aston Martin Dilantik Secara Rasmi Kereta Keselamatan Dan Perubatan

gempak
09/03/2021
02:21 MYT
Vantage dipilih sebagai kereta keselamatan manakala SUV pertama jenama British itu iaitu DBX pula akan dijadikan sebagai kereta perubatan dalam saingan tahun ini.
drebar

SUV Pertama Aston Martin, DBX Lancar Di Malaysia - Harga Bermula RM818,000

gempak
07/10/2020
08:34 MYT
Aston Martin DBX adalah satu kenderaan yang menarik dengan rekaan dan kejuruteraan British.
drebar

Model Rare Aston Martin DB4 GT Zagato (1961) Ini Harganya RM49 juta!

gempak
28/09/2020
07:55 MYT
Kereta itu hanya dipandu sejauh 24,140km dan disimpan lebih daripada dua dekad.