,
Antarabangsa

Aston Martin pilih Valhalla, nama tempat roh tentera yang gugur disemadikan

Erywan
27/06/2019
02:24 MYT
Aston Martin baru sahaja mendedahkan nama untuk kereta model kod AM-RB 003. Ia adalah Valhalla, suatu nama sama dengan rangkaian lain yang bermula dengan huruf V.
Model-model sebelum ini ialah Vantage, Virage, Vulcan, Vanquish dan Valkyrie. Dalam mitodologi negara-negara Nordic, ia merujuk kepada satu tempat di mana roh-roh tentera yang gugur disemadikan.
Model kod AM-RB 003 mula dipersembahkan pada pameran Geneva Motor Show 2019. Ia sebahagian daripada keluarga Aston Martin dengan enjin diposisikan pada bahagian tengah seperti Valkyrie dan Valkyrie AMR Pro.
Biarpun begitu, ia tidak kelihatan agresif seperti Valkyrie tetapi lebih banyak ruang dan versatile tanpa menjejaskan elemen sebuah jentera berprestasi.
Pengarah pereka Aston Martin, Miles Nurnberger berkata, ia adalah 'penyulingan' Aston Martin Valkyrie 'dan bukannya ‘cairan'.
Seperti Valkyrie, Valhalla dibangunkan dengan kerjasama Red Bull Advanced Technologies. Ia akan menggunakan enjin pembangunan dalaman syarikat jenis hibrid V6 turbo.
Valhalla dikatakan menggunakan badan yang diperbuat daripada gentian karbon yang menyebabkan beratnya cuma 1,350 kilogram.
Tiada maklumat diberikan mengenai enjin serta data kuasa. Begitu juga dengan bila tarikh pelancarannya.
Aston Martin merancang menghasilkan 500 unit Valhalla. Harganya dikatakan sekitar AS$1.1 juta (RM4.6 juta).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Aston Martin DBS Superleggera versi James Bond, tiada senjata disediakan!

gempak
21/06/2019
08:46 MYT
Aston Martin DBS Superleggera OHMSS diinspirasikan oleh DBS keluaran 1969 yang tampil dalam James Bond ‘On Her Majesty’s Secret Service’ pada 50 tahun lalu.