,
Tempatan

Arai Perkenal Helmet Touring Baharu Astro GX, Ada Lubang Angin Pada Bahagian Logo

Erywan
18/03/2021
04:05 MYT
Helmet Arai begitu popular dalam kalangan penunggang motosikal dan jenama itu juga ramai digunakan oleh pelumba MotoGP. Bagaimanapun harganya yang sedikit mahal mungkin ada antara pemilik roda dua berfikir dua kali untuk memilih jenama terbabit.
Tanda harga yang sedikit tinggi kerana Arai melakukan penyelidikan dan pembangunan yang tinggi dan menggunakan material lebih baik. Walaupun bentuk helmet yang bulat membuatkan ia sedikit 'old skool’, namun produk ini memang selesa dan menjadi pilihan penunggang Asia.
Terbaru, Arai akan memperkenalkan helmet touring baharu yang dikenali sebagai Arai Astro GX pada bulan hadapan. Helmet itu adalah penyambung kepada model “Astral-X” yang menggabungkan teknologi baharu seperti keselesaan dan fungsi lebih terkini yang mengkhususkan kepada kegunaan touring.
Arai Astro GX dibangunkan bagi memudahkan pengguna ketika menyarung dan 'menekan' ke kepala sehingga boleh membalut seluruh kepala supaya penunggang tidak berasa cepat penat, bahkan ketika menggunakannya pada waktu yang lama.
Bentuk baharu terbabit adalah hasil maklumat yang diterima oleh Arai yang mana rata-rata pengguna menjelaskan jenama tersebut memiliki rekaan bahagian depan yang sempit dan sukar untuk disarung dan ditanggalkan. Jadi model Astro GX didatangkan dengan bahagian depan yang diluaskan 5mm di bahagian kiri, kanan serta belakang bagi memudahkan pengguna memakai dan menanggalkan helmet itu.
Di samping itu, Arai juga menawarkan sistem ventilasi depan pertama “Front Logo Duct” yang mana sistem baharu itu membolehkan pengaliran udara berfungsi dengan baik dalam posisi duduk standard (badan sedikit tegak) dan posisi tunggangan lumba (lebih menunduk).
Kerangka helmet pula Arai menggunakan material yang juga digunakan untuk helmet F1 yang menyumbang kepada berat lebih ringan dan berketahanan tinggi. Bahagian belakang kepala dilengkapi dengan “spoiler GT” yang menekan 'pergolakan' angin ketika menunggang laju dalam jangka panjang dan menyumbang kepada mengurangkan keletihan.
Selain itu, helmet terbabit juga direka untuk boleh dipasangkan bersama sistem komunikasi intercom yang mana permukaan pada bahagian tepi dibuat lebih rata agar komponen intercom tidak mudah bergeser bahkan ketika motor ditunggang laju.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ahmad Nawab Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

gempak
24/11/2024
10:45 MYT
Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia pada petang Ahad.
Hiburan

30 Artis Terima Sumbangan PEKEMA Prihatin, Momen Penuh Emosi, Pilu & Linangan Air Mata

gempak
24/11/2024
09:55 MYT
Suasana di majlis Sumbangan PEKEMA Prihatin bertukar pilu dan bersulam linangan air mata melihat penggiat seni yang pernah menghiburkan orang ramai kini tidak seceria dahulu.
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Berita

Tiada Lagi Khemah Biru, Aktiviti Berkelah Kembali Seronok Di Port Dickson

gempak
24/11/2024
08:25 MYT
Ia selepas Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengarahkan semua pengusaha khemah biru di pantai terbabit menghentikan aktiviti perniagaan sewaan khemah mulai 18 November lalu.
Hiburan

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
24/11/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
Unitar