,
Antarabangsa

Akibat Terlalu Bosan, Pelumba MotoGP, Fabio Quartararo Pakai Baju Perlumbaan Di Dalam Rumah

Erywan
25/03/2020
05:38 MYT
Beliau menggunakan baju lengkap perlumbaan dengan memakai helmet sambil duduk di sofa.
Wabak Covid-19 yang semakin merebak di dunia, banyak kerajaan masing-masing memerintah rakyat mereka supaya berada di rumah. Perintah itu sudah tentu membuatkan segelintir daripada mereka akan rasa bosan dan mencari hiburan ketika berada di rumah.
Sesuatu yang unik turut dilakukan pelumba MotoGP pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartarato ketika dia bosan berada di rumah. Menerusi akaun Instagramnya rasminya, beliau menggunakan baju lengkap perlumbaan dengan memakai helmet sambil duduk di sofa.
Quartararo dikatakan berada di Andora dan terpaksa berada di rumah kerana musim perlumbaan MotoGP belum bermula.
Paparan yang disiarkan dua hari lalu itu menerima lebih 80,000 like. Pada masa sama, ia juga di ‘like’ oleh akaun Instagram Petronasmotorsport.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video