,
Antarabangsa

Acura NSX berumur 27 tahun ini, nampak seperti baru!

Erywan
02/08/2019
02:32 MYT
Acura NSX dengan salutan warna metalik perak Sebring dengan bumbung kontras hitam ini adalah antara satu daripada 117 unit yang dibina pada 1992.
Produk yang menjadi tarikan utama awal tahun 1990-an ini dilengkapi enjin berkapasiti 3.0 liter VTEC V6 dengan pasangan kotak gear transmisi manual lima kelajuan dengan LSD.
Enjin yang ditempatkan pada bahagian tengah belakang dikatakan boleh mengekstrak kuasa puncak 270hp pada 7,100rpm dengan tork 285Nm semasa 5,300rpm.
Jika diteliti, ia nampaknya sudah dikenakan sistem ekzos kustom, set lampu kabus tambahan dan stereng roda MOMO.
Rim hadapan dipasang adalah berukuran 16 inci, manakala roda belakang diganti dengan jenis aloi 17 inci. Kedua-duanya dibalut tayar jenis Kumho. Jika anda membeli kereta ini, rim standard akan diberikan sekali.
Ruang dalaman menyaksikan kerusi jenis boleh laras dengan kuasa elektrik dan dibalut dengan material kulit berwarna hitam, ada juga sistem audio jenama Bose, sistem pendingin hawa automatik, tetingkap kuasa dan kawal jelajah.
Odometer kereta jenis mekanikal enam digit menunjukkan jarak perbatuan kira-kira 13,800 batu atau sekitar 22,200 kilometer.
Setakat 25 Julai lalu, harga lelongan bagi jentera ini di laman web bringatrailer.com dibida hingga mencapai harga AS$51,500 (RM212,200). Suatu harga cukup luar biasa bagi model sebegini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
drebar

Ini Bentuk Belakang Integra Generasi Baharu, Tampil Bentuk Fastback Lima Pintu

gempak
30/09/2021
06:20 MYT
Acura juga mendaftarkan tanda dagang ‘Integra Type S’ yang membawa petanda kehadiran varian berprestasi tinggi bakal dikeluarkan dalam unit terhad.
drebar

300 Unit Acura Type S Harga Bermula RM709,849, Habis Dijual Dalam 24 Jam

gempak
20/09/2021
06:44 MYT
Acura NSX Type S itu dihasilkan 300 unit untuk pasaran Amerika Syarikat.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.
drebar

TLX Type S Boleh Menjadi Sedan Terbaik Acura

gempak
31/05/2021
07:42 MYT
Kekuatan sebenar TLX Type S adalah enjin turbo 3.0-liter V6 yang menghamburkan 335hp dan 480Nm.
Unitar