,
Antarabangsa

ABT bikin Volkswagen Golf GTI TCR supaya lebih laju!

Erywan
02/08/2019
02:48 MYT
Volkswagen Golf GTI TCR diperkenalkan pada awal tahun ini sebagai model edisi terhad hanya untuk pasaran Eropah.
Diinspirasikan oleh siri perlumbaan TCR International Series, ia mempunyai kuasa yang jauh lebih tinggi berbanding versi standard iaitu 286hp dan 380Nm.
Walaupun jumlah itu boleh dianggap cukup tinggi untuk sebuah hot hatch, syarikat talaan terkenal iaitu ABT merasakan bahawa model itu masih berpotensi untuk menjadi lebih hebat lagi.
Menggunakan perisian kawalan enjin tersendiri, enjin turbo 2.0 liter empat silinder pada Golf GTI TCR kini menjana 335hp dan 430Nm, iaitu peningkatan sebanyak 49hp dan 50Nm.
Kuasa tambahan itu membolehkan jentera hatchback ini melakukan pecutan 0-100km/j dalam 5.4 saat, 0.2 saat lebih pantas berbanding sebelum ini. Bukan itu sahaja, kelajuan maksimum turut meningkat dari 250km/j kepada 265km/j.
Untuk prestasi yang lebih menyeluruh, ABT turut menawarkan sistem suspensi boleh laras dengan pegas gegelung kustom serta anti-roll bar. Kit badan tidak ditawarkan memandangkan model ini sudah dilengkapi dengan kit badan tersendiri.
Bagaimanapun, pelanggan yang mahukan penampilan lebih menonjol boleh memilih pelbagai rekaan rim bersaiz sehingga 20 inci daripada katalog ABT.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tular Paip Sisa Makanan Bocor Di Parking Mall, Pemilik Kereta Mewah Tahan Bau Masam & Kepam - "Pengurusan Offer Cuci Kereta Percuma Setahun Tapi ..."

gempak
26/06/2024
00:03 MYT
Pemilik kenderaan jenis Volkswagen Beetle putih yang tular video paip sisa makanan bocor di ruang parkir sebuah pusat beli-belah baru-baru ini, Eyera Azlan tampil menceritakan detik malang yang dialaminya.
Laman Utama

“Pada Yang Komen Macam Tahu, Tanggunglah Dosa Tu” - Difitnah Isu Golf Dengan Watie, Shuib Akhirnya Bersuara

gempak
27/06/2023
03:50 MYT
Shuib dah tegur tu.
Laman Utama

“Benda Ni Kelakar Sangat… Tak Baik Untuk Saya, Tak Baik Untuk Sarah” - Shuib Nafi Pernah Ada Hubungan Dengan Wanita Bernama Watie

gempak
14/09/2022
06:20 MYT
Penjelasan Shuib mengenai gosip yang mengatakan dia pernah berhubungan dengan wanita lain
Laman Utama

“Next Level, Bukan Kaleng-Kaleng!”  – Shuib Main Golf Dengan Permaisuri Agong Curi Perhatian

gempak
09/02/2022
04:45 MYT
Bertuah Shuib dapat bertemu dengan Raja Permaisuri Agong...
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.