,
Tempatan

Abarth 595 Hercules, Pakej Naik Taraf Ini Seakan Beli Sebuah Honda City

Erywan
04/02/2021
01:23 MYT
Adil jika dikatakan bahawa nama Abarth 595 mungkin agak tenggelam sejak kebelakangan ini. Walaupun tidak sehebat Toyota GR Yaris yang menjadi sebutan ramai sepanjang tahun lalu, hatchback dari Itali itu masih mempunyai tarikan tersendiri terutamanya bagi mereka yang mengutamakan keunikan.
Menyedari potensi yang ada pada Abarth 595. Syarikat talaan dari Jerman iaitu Pogea Racing menghasilkan pakej naik taraf ‘Hercules’ yang bukan sahaja mampu membuatkan model itu kelihatan lebih agresif, malah lebih lincah di jalan raya.
Pakej Hercules merangkumi kit badan yang terdiri daripada gerbang roda yang lebih lebar, lubang ambilan udara pada bahagian hud, skirt sisi serta spoiler bumbung. Komponen-komponen ini diperbuat daripada gentian karbon dan ia ditawarkan dalam beberapa kemasan seperti Forged Carbon, Honeycomb dan Camouflage.
Untuk rim pula, pelanggan boleh memilih satu daripada enam rekaan rim aloi 18 inci untuk dipadankan dengan tayar Michelin Pilot Sport 4S. Sistem suspensi pula dipertingkatkan dengan kit coilover keluaran KW berserta peredam boleh laras empat peringkat dan gegelung sport. Gabungan ini boleh mengurangkan ketinggian kenderaan sehingga 45mm.
Sebagai pelengkap pakej, Pogea Racing turut menyediakan ECU baharu, sistem ekzos Monster serta ‘downpipe’ dengan penebat termal. Hasilnya, enjin turbo 1.4-liter empat silinder itu kini menghamburkan 217hp dan 350Nm, berbanding 177hp dan 250Nm pada Abarth 595 Competizione. Peningkatan kuasa ini membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 6.2 saat dan mencapai kelajuan maksimum 232km/j.
Berminat? Pakej naik taraf Hercules ditawarkan pada harga €18,810 (RM91,958). Ia boleh dikatakan agak mahal memandangkan Abarth 595 Competizione ditawarkan pada harga bermula £20,290 (RM111,347).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Awas! Ambil Langkah Keselamatan Ini Jika Beriadah Di Kawasan Sungai

gempak
20/09/2024
09:55 MYT
Memandangkan cuti sekolah masih berbaki beberapa hari, mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang berfikiran untuk membawa anak-anak beriadah atau bercuti.
Hiburan

“Tiada Benci Antara Kami” - Rujuk Kembali, Nora Ariffin & Suami Banyak Ambil Iktibar

gempak
20/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menegaskan tiada dendam antara dia dan suaminya, Dr Rushdi Ramli, meskipun perkahwinan mereka hampir menemui titik noktah.
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Gaya Hidup

Kluang Bandar Bahagia, Tawar Kehidupan Tenang & Penuh Harmoni

gempak
20/09/2024
07:25 MYT
Perjalanan lengang dan singkat di sekitar Kluang tanpa perlu berdepan kesesakan lalu lintas teruk seperti di bandar besar, membolehkan penduduk di sini menikmati rutin seharian yang tenang.
Viral

Isteri Didakwa Fail Cerai & Berdepan Pula Dua Pertuduhan, Alif Teega Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’

gempak
20/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh Alif Teega yang didakwa atas dua pertuduhan menyalahguna wang infaq hanya membisu ketika diajukan soalan selepas selesai perbicaraannya di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.