,
Tempatan

7 Unit Honda Edisi Istimewa Jadi Habuan ‘1 Million Dreams Campaign’

Erywan
25/02/2021
09:05 MYT
Sempena menyambut jualan satu juta unit, Honda Malaysia melancarkan kempen 1 Million Dreams dengan menawarkan hadiah tujuh unit Honda Edisi Istimewa. Tujuh kenderaan Honda itu direka secara istimewa dengan ciri unik yang membabitkan model Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, CR-V dan Accord.
Membezakannya, luarannya dipadankan dengan dua warna, bahagian hadapan dengan kemasan merah, cermin sisi dengan jalur merah, rim hitam kemasan merah, selain dilengkapi dengan logo tandatangan 1 Million Dreams pada dapra kedua-dua sisi.
Model edisi istimewa itu juga didatangkan dengan perehat kepala mempunyai perkataan timbul 1 Million Dreams untuk pemandu dan penumpang hadapan danroda stereng balutan kulit kemasan jahitan merah. Pada masa sama, ia juga didatangkan dengan tempat penyimpan kunci balutan kulit edisi istimewa.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, selama 20 tahun terakhir, Honda Malaysia terus menerus menerapkan Spiriting Challenging.
“Ini membawa kepada pengenalan banyak model yang sesuai dengan gaya hidup pelanggan yang berbeza serta tawaran teknologi canggih untuk rakyat Malaysia.
“Kempen ini adalah inisiatif bagi kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana sokongan kuat mereka,” katanya.
Kempen 1 Million Dreams berlangsung dari 25 Februari hingga 24 Mac 2021, dengan pelbagai aktiviti menarik untuk rakyat Malaysia. Selain tujuh kereta Honda edisi istimewa, turut ditawarkan hadiah lain iaitu 1 Juta syiling Shopee untuk diberikan kepada 150 pemenang bertuah setiap minggu. Sepanjang kempen itu, sebanyak 5 Juta syiling Shopee bakal diberikan kepada pemenang.
Rakyat Malaysia berpeluang memenangi tujuh model Edisi Istimewa itu hanya dengan menyelesaikan beberapa langkah mudah untuk menyertai peraduan berkenaan. Peserta boleh mengambil bahagian dalam mana-mana enam aktiviti yang disediakan oleh Honda Malaysia untuk memperoleh sebanyak mungkin penyertaan dan menghantar penyertaan di wakil penjual sah Honda atau melalui laman web rasmi Honda Malaysia.
Peserta boleh mengumpulkan penyertaan dengan memuat turun dan mendaftar dalam aplikasi HondaTouch, bermain permainan 1 Million Dreams Campaign di laman web rasmi Honda Malaysia (www.honda.com.my), memandu uji, membuat tempahan, servis atau mendaftar kereta baharu Honda sepanjang kempen berkenaan. Semakin banyak penyertaan yang dikumpulkan, semakin tinggi peluang memenangi kereta itu.
Keterangan lanjut, anda boleh melayari laman sesawang honda.com.my/1milliondreams/entry atau berkunjung 102 pengedar Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol 1-800-88- 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Girlfriend Desak Beli iPhone Model Terkini, Lelaki Bergaji Basic RM2,000 Terpaksa Buat Loan

gempak
29/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki meluahkan perasaan mengenai ‘perangai’ kekasihnya yang berkehendakkan barangan mewah sehingga dia terpaksa memohon pinjaman peribadi.
Viral

Jurujual Tular 'Mulut Puaka' Kutuk Bekas Rakan Sekerja Sudah Minta Maaf - "Tapi Masih Belum Selesai Sebab..."

gempak
27/06/2024
05:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Dua Pemandu Saling Berhimpit Hingga Kemalangan, Netizen Bincang Salah Siapa

gempak
08/04/2024
06:30 MYT
Sepotong klip video rakaman dashcam memaparkan aksi dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlaku kemalangan tular baru-baru ini.
Viral

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
26/03/2024
06:55 MYT
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan. Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebu
Laman Utama

“Jangan Clamping…”- Bimbang Sport Rim Calar, Pemandu Honda Rela Kena Saman Dari Kena Clamp?

gempak
23/06/2022
05:20 MYT
Alamak orang macam ni pun ada?