Covid-19

“SOP Perlu Dilaksanakan Secara Konsisten, Seragam Dan Tidak Sulitkan Orang Ramai,” - Tan Sri Lee Lam Thye

gempak
Awani
12/05/2021
08:13 MYT
Sponsor Banner
“SOP Perlu Dilaksanakan Secara Konsisten, Seragam Dan Tidak Sulitkan Orang Ramai,” - Tan Sri Lee Lam Thye
Pihak berkuasa perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang konsisten dan diseragamkan antara semua daerah dalam negara.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia termasuk keseragaman SOP antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang perlu dipastikan tidak berlainan dengan SOP sedia ada.
"Apabila pihak berkuasa menetapkan SOP ini, pihak berkuasa harus memastikan SOP yang ditentukan ini mesti konsisten dan seragam kerana kita tidak hendak lihat SOP ini berlainan.
"Misalnya PBT di sesuatu daerah, dia memperkenalkan SOP, namun SOP itu juga berlainan dengan SOP PBT tempat atau daerah lain," katanya melalui Skype kepada Astro AWANI pada Rabu.
Justeru katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memastikan semua SOP perlu diberi pertimbangan yang mendalam dengan mengambil kira berlakunya kekeliruan agar ia mendapat sokongan orang ramai.
"Jadi saya rasa konsisten ini penting supaya kita dapat yakinkan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melaksanakan SOP," ujarnya.
Dalam masa sama,katanya pihak berkuasa perlu mendapat maklum balas daripada pemegang taruh sebelum membincangkan mengenai SOP.
"Ini kerana pada akhirnya pemegang taruh yang mendapat kesan daripada pelaksanaan SOP. Ini perlu diambil kira apabila pihak berkuasa melaksanakan SOP agar ia dilaksanakan dengan parktikal dan tidak menyulitkan orang ramai," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024