,
Covid-19

“Saya Terkilan Kenapa Produksi Tak Balik Seawal Mungkin? – Isteri Jurukamera Dakwa Suami Sudah Demam Lebih Seminggu Di Scotland!

Fiza Kamarudin
10/04/2020
12:36 MYT
Isteri kepada jurukamera drama Demi, Nurshazreen Zulkifli meluahkan rasa terkilan terhadap pihak produksi yang tidak bertindak untuk pulang lebih awal selepas mengetahui keadaan kru yang mengalami demam ketika penggambaran dijalankan.
Nurshazreen turut memberitahu suaminya demam hampir seminggu dan maklum mengenai keadaan Ambia yang demam sejak berada Scotland lagi.
Malah, Nurshazreen mendakwa suaminya tidak pernah mengalami demam seteruk itu.
“Saya tahu yang dia demam. Dia ada ’voice call’ saya setiap hari. Sebelum demam, dia ada maklumkan hampir semua kru terbabit demam secara ‘on off‘.
“Cuma saya terkilan kenapa masih tak ambil keputusan balik seawal mungkin. Kenapa masih berada di sana dan teruskan penggambaran? Seingat saya ada dalam hampir seminggu lebih dia demam di sana.
“Dia bukan demam biasa sebab dia hingga tak larat nak bangun. Dia tidak pernah demam seteruk itu. Saya pun sudah beri amaran dia mengenai simptom Covid-19 itu sudah ada pada mereka,” katanya.
Nurshazreen turut dimaklumkan, selain demam suaminya juga turut mengalami muntah. Ada yang maklumkan baru-baru ini yang mana suaminya mengalami muntah sepanjang dia demam,” katanya.
Ditanya sama ada pihak produksi ada menghubunginya, Nurshazreen berkata, penerbit iaitu Datin Mahfuzah Zakkiah tampil menghulurkan bantuan.
“Jurusolek dan pengurus produksi ada bertanya mengenai keadaan semasa suami. Datin pula ada memberikan sumbangan peribadi,” katanya.
Perkembangan terkini, Ambia Ahmad, 48, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh (HSB) akibat jangkitan Covid-19 mula sedarkan diri, semalam.
Ambia dibawa ke HSB sebaik tiba di tanah air selepas pulang dari menjalani penggambaran drama berkenaan di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu.
Isterinya, Nurshazreen Zulkefli, 32, ketika dihubungi berkata, keadaan kesihatan suaminya stabil namun paru-paru masih lemah.
“Suami baru sedarkan diri semalam dan tiub dicabut. Tapi, hari ini terpaksa dipasang semula kerana paru-paru masih lemah.
“Kali terakhir saya berjumpa suami pada 8 Mac iaitu sehari sebelum mereka bertolak ke Scotland,” katanya kepada Harian Metro.
Ambia mempunyai dua anak berusia empat dan dua tahun.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan lima kru, dua pelakon dan ibu kepada pelakon disahkan positif Covid-19.
Kesemua mereka seramai 18 orang yang tiba di tanah air pada 31 Mac lalu diarahkan menjalani kuarantin diri di tempat masing-masing tanpa membabitkan orang lain atau ahli keluarga.
Mereka berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum peningkatan kes Covid-19 kes dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Pelakon yang membintangi drama itu terdiri daripada Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.