,
Covid-19

Pelajar Perubatan Malaysia Tidak Dibenarkan Untuk Keluar Dari Moscow, "Harap Akan Ada Bantuan Dari Pihak Kerajaan & Kedutaan"

Zulaikha Yusof
14/04/2020
04:06 MYT
Pelajar Perubatan Malaysia di Moscow, Nur Fazriena Mohd Duad, 22, bersama pelajar-pelajar lain terkandas selepas tidak dapat pulang ke Malaysia ketika penularan wabak Covid-19.
Ketika dihubungi Gempak, Fazriena menyatakan keadaan di Moscow makin teruk dengan jumlah kematian meningkat setiap hari.
"Keadaan di Moscow makin teruk dengan 16,000 kes sehingga 12 April. Setiap hari jumlah kematian meningkat. Di sini perintah berkurung (lockdown) sudah dijalankan sejak 30 Mac lalu.
"Alhamdulillah saya sihat cuma berasa takut dan risau. Saya bersama pelajar lain tidak dapat pulang ke Malaysia kerana tidak ada penerbangan dengan sempadan masih ditutup.
"Kerajaan Rusia sudah mengeluarkan kenyataan di mana semua orang tidak dibenarkan untuk keluar dari Moscow.
"Sekarang lebih 100 orang pelajar sudah mohon untuk balik ke Malaysia. Saya harap akan ada bantuan dari pihak kerajaan dan kedutaan," katanya.
Dalam pada itu, Fazriena yang merupakan pelajar First Moscow State Medical University berkata dia masih perlu untuk keluar rumah bagi mendapatkan bekalan.
"Saya duduk di apartment jadi saya perlu keluar untuk membeli keperluan di kedai yang berdekatan dengan rumah.
"Makan minum dan keselamatan diri semua di bawah tanggungjawab masing-masing. Walau bagaimanapun, pihak kedutaan sudah mengambil maklumat semua pelajar di sini sebagai persediaan.
"Saya mohon doakan yang baik untuk kami semua di sini," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Unitar