,
Covid-19

Meme Takut Kobit! Kebimbangan Jadi Realiti, Kes Baharu Di Kelantan Akibat Pesakit Pulang Ke Kampung Halaman

Mya Amri
20/05/2020
10:00 MYT
Dakwaan yang tular mengenai kes positif COVID-19 yang berlaku di Kelantan semalam akhirnya telah dikenal pasti.
Perkara yang dibimbangi kerajaan negeri dan pihak berkuasa berlaku semalam apabila satu kes positif pandemik berkenaan mula dikesan.
Menurut laporan AWANI, kluster baharu itu melibatkan seorang wanita mengandung yang pulang ke kampung halaman pada 7 Mei lepas sewaktu kerajaan melonggarkan aktitivi rentas negeri. Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin.
"Ini apa yang kita takuti selama ini, iaitu (akibat perbuatan) rentas sempadan (negeri). Baru-baru ini pada 7 Mei, pesakit ini balik ke Kelantan. Malangnya, dia didapati positif (COVID-19).
"Pesakit ini ketika ini berada di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ). Pihak hospital sedang mengesan kontak-kontaknya. Setakat ini, keluarganya negatif. Hanya dia seorang sahaja positif.
"Keluarganya kena dikuarantin," katanya sambil menambah, kes melibatkan seorang wanita hamil 32 minggu yang pulang dari Kuala Lumpur ke kampung halamannya di Kuala Krai.
Izani menegaskan kerajaan dan pihak berkuasa berulang kali menasihati orang ramai supaya mengelakkan aktiviti rentas negeri agar dapat membendung penularan wabak berkenaan.
Katanya, pihak berkaitan melalui Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan akan berbincang bagi menentukan langkah seterusnya dalam usaha mengekang penyebaran wabak itu di daerah Kuala Krai. Terdahulu, sudah lebih sebulan Kelantan telah diisytiharkan bebas COVID-19 sebelum berita viral itu disahkan.
Sumber: ASTRO AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Unitar