,
Covid-19

Kluster Kelab Malam Itaewon, Korea Kembali Catat 102 Kes Baharu

Mya Amri
13/05/2020
13:28 MYT
Korea Selatan kembali merekodkan peningkatan kes baharu positif COVID-19 secara mendadak, lapor Awani.
Menurut Institusi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Negara (KCDC), setakat Selasa, sejumlah 102 kes yang dilaporkan berkaitan kluster kelab malam di Seoul. Timbalan Pengarahnya, Kwon Joon-wook, memaklumkan ketika ini pelbagai kemungkinan boleh berlaku bergantung kepada kepantasan pengesanan jangkitan dan kemungkinan mereka sudah menyebabkan penularan yang lebih luas.
“Penularan terbesar yang berkaitan dengan kelab malam di Itaewon termasuk beberapa kemungkinan.
“Kemungkinan terbesar ketika ini adalah jangkitan dikesan pada fasa awal. Situasi yang lebih buruk adalah jangkitan itu hanya dapat dikesan selepas penularannya dalam kalangan komuniti setempat. “Buat masa ini, kami tidak mahu membincangkan kemungkinan buruk atau sebaliknya, tetapi kami akan melakukan pelbagai cara untuk mengekang penularannya dan mencari kontak rapat secepat mungkin,” jelasnya.
Terdahulu, semua kelab dan bar di Seoul diarah tutup, selepas seorang lelaki berusia 29 tahun disahkan positif COVID-19 selepas menghabiskan masa di lima bar dan kelab malam, hujung minggu lalu.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Tewas Bermaruah & Buat Pemain Korea Selatan Lap Air Mata, Goh Jin Wei Pejuang Sejati

gempak
31/07/2024
08:03 MYT
Kekalahan pemain badminton perseorangan negara, Goh Jin Wei untuk menjadi pemenang kumpulan H disifatkan bermaruah malah tetap mendapat pujian peminat kerana aksi cemerlangnya.
Hiburan

Mengaku Anak Angkat, Kim Jaejoong Beri Ibu Bapa RM18 Ribu Setiap Kali Jumpa

gempak
18/07/2024
14:50 MYT
Idola K Pop Kim Jaejoong mendedahkan dirinya adalah anak angkat yang diambil sejak kecil dan mempunyai lapan orang kakak dari keluarga tersebut.
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Hiburan

Rizky Febian ‘Buat Hidung’ Kerana Kesihatan Di Korea Selatan, Bagaimana Dengan Mahalini?

gempak
09/07/2024
11:58 MYT
Kekecohan mengenai penampilan baharu pasangan selebriti Mahalini dan Rizky Febian akhirnya terjawab.