,
Covid-19

Berkurung Di Rumah Sepanjang PKP,  Yonny Boii Sempat Siapkan Lagu Jangan Keluar Rumah!

Fiza Kamarudin
03/04/2020
12:30 MYT
Komposer dan penyanyi muda berbakat besar Yonny Boii mengambil peluang ‘berkurung’ sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menghasilkan lebih banyak lagu baru.
Malah sepanjang tempoh tersebut, Yonni sempat menyiapkan lagu baru berjudul ‘Jangan Keluar Rumah’.
“Sepanjang tempoh PKP dikuatkuasa sejak 18 Mac lalu, saya banyak ‘berkurung’ di rumah demi menggali naskhah baru yang boleh diketengahkan.
“Saya juga sempat siapkan lagu fasal PKP ni, tajuk dia Jangan Keluar Rumah, Alhamdulillah mendapat respon yang agak bagus juga,” katanya.
Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Yonny muncul dengan single solo terbaharunya berjudul ‘Salahku’.
Lagu yang meluahkan isi hati serta perasaannya itu disiapkan Jun tahun lalu dan akan dilancarkan pada 12.00 tengah malam ini 3 April 2020 di semua platform digital terpilih seperti itunes, Spotify, Apple Music, Deezer, Joox Music dan KK Box selain disaluran YouTube Universal Music.
Sebelum Salahku, Yonny Boii tahun lalu pernah meledak dengan lagu Sakit duet bersama Zynakal.
Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, dia akan terus mengabadikan pengalaman hidup sendiri dalam lagu ciptaan dan dendangannya.
“Salahku boleh saya kata menyingkap kisah lalu tentang kehidupan peribadi saya. Sebab itulah saya menghasilkan lirik banyak berdasarkan pengalaman saya membesar.
“Lagu itu saya tulis mengenai isi hati diri saya. Sejak usia 16 tahun lagi, saya lebih selesa menunjuk perasaan dalam lagu. Saya sering merasakan diri saya banyak kekurangan.
“Kadangkala orang tidak memahami apa yang saya lalui dan apa yang saya inginkan dalam hidup. Jadi menerusi lagu saya dapat melempiaskan perasaan saya,” katanya.
Salahku merupakan single ketiga solo Yonny selepas Tujuan dan Biar.
Yonny juga pernah muncul dengan lagu Takut berkolaborasi dengan Caprice.
“Beberapa bulan lalu saya dipanggil untuk turut serta mewarnai lagu X Missing You dendangan Dayang Nurfaizah. Faizal Tahir dan Tuju K Clique pun ada. Ini dikira sebagai penampilan istimewa, saya berperanan buat lirik bahagian yang saya nyanyikan sahaja”.
“Bulan lalu saya juga tampil dalam lagu 3 Kucing dendangan Ariff Bahran,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penyanyi Rap Didakwa Hamilkan Wanita Lain & Pukul Bekas Kekasih? - “The Ex Stayed With Him Dari Dulu, Siap Buat Foodpanda Bersama”

gempak
29/07/2024
06:55 MYT
Tular paparan skrin Instastory seorang wanita yang mendakwa penyanyi rap yang dikenali menerusi lagu ‘healing’ berlaku curang terhadapnya selain mengandungkan orang lain dan enggan bertanggungjawab.
Hiburan

Isteri Didakwa Hamil, MK K-Clique Pilih Masa Yang Sesuai Untuk Kongsi - “Saya Memilih Sebegini Sebab ia Terlalu Peribadi”

gempak
22/04/2024
06:55 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

Penyanyi Rap, Penulis Lagu & Pendakwah, Jom Semak Fakta Mengenai Suami Mizz Nina, Essam Muhammad

gempak
16/06/2023
03:50 MYT
Best juga lagu-lagu Essam
Laman Utama

Dari Kuala Lumpur Ke Jepun, Gabungan SonaOne & Shurkn Pap Dalam Homies Mantap!

gempak
17/03/2022
10:40 MYT
Fuhhh...dari KL ke Jepun memang mantap!
Laman Utama

Penyanyi Rap Tapi Bertudung? Juki Buktikan Tiada Diskriminasi Menerusi Pacu!

gempak
14/03/2022
09:33 MYT
Ramai je penyanyi rap wanita bertudung sekarang...