Big Stage 2020
"Kalau Rehat Pun Mungkin Sehari" - Hanie Soraya Tak Patah Semangat!
Peserta Big Stage 2020, Hanie Soraya akur tersingkir di pentas minggu kedua program itu Ahad lalu.
Menurut Hanie, punca utama dia 'kecundang' malam itu adalah disebabkan kesilapan yang dilakukan ketika permulaan persembahan.
"Kekurangan saya dalam persembahan minggu kedua adalah ketika permulaan, agak terganggu di situ kerana saya ada lakukan kesilapan, kemudian ia membuatkan saya hilang tumpuan.
"Bahagian itulah yang membuatkan saya kecundang, nak buat macam mana, saya terima sahaja dengan hati yang terbuka," katanya.
Hanie berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert minggu kedua Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Tambah Hanie, selepas tersingkir, dia akan meneruskan perjalanan dalam bidang seni tanpa mengambil masa untuk berehat.
"Selepas tersingkir ini, saya tak akan rehat, kalau rehat pun mungkin sehari sahaja, saya akan terus aktif dalam bidang nyanyian.
"Insya-Allah saya juga akan menulis beberapa lagu untuk diri saya dan mungkin untuk penyanyi lain.
"Ada juga pihak yang berminat untuk mengambil saya sebagai pengacara dan pelakon, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana selepas ini," katanya lagi.
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
Must-Watch Video