,
berita

Tahniah! Mata Cinta Menang Anugerah Perak PR Awards 2018

Amri Hassan
17/03/2018
05:22 MYT
Minisiri web Mata Cinta yang pernah ditayangkan secara online di Gempak tahun lalu memenangi anugerah perak dalam PR Awards 2018 malam tadi.
Bersaing dalam kategori sama Best Use of Content ialah Heineken Asia Pacific yang mengungguli anugerah emas dan Jetstar Asia yang dianugerahkan gangsa.
Senarai penuh semua pemenang di sini.
Drama bersiri Mata Cinta telah ditayangkan pada Oktober tahun lalu dan melibatkan kerjasama antara portal hiburan Gempak dan Watsons Malaysia.
Karya digital itu juga diterbitkan dalam durasi pendek tidak melebihi tujuh minit dalam setiap episod.
Drama romantik komedi ringan 10 episod itu diarahkan oleh Shazreen Fazlynda dan dilakonkan oleh Che Puan Juliana Evans, Julien Buteau, Dynas Mokhtar dan Che Puan Syamim Farid.
Mata Cinta mengisahkan Matahari yang sedang pulang bercuti dari England untuk menghabiskan cuti semester sementara menolong kakaknya, Cahaya menguruskan perniagaan salun rambut.
Sewaktu membeli barang di Watsons, dia bertemu jurujual kacak bernama Anaqi dan bermulalah detik perkenalan mereka.
Tahniah diucapkan kepada produksi Mata Cinta dan Watsons Malaysia!
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertorial

#MisiIkhlasAidilfitri, Makna Raya Sebenar Daripada Iklan Watsons Malaysia

gempak
07/06/2018
02:34 MYT
berita

"Tak Pernah Tak Cantik" - Penampilan Syamim Farid Dipuji Peminat

gempak
05/01/2018
08:30 MYT
berita

Nak Sihat & Kekal Fit Seperti Adery Chin? Ini Cara Paling ‘Simple’

gempak
11/12/2017
12:27 MYT
berita

“Anak? Tak Kisah Orang Tanya, Kalau Ada Alhamdulillah”- Syamim Farid Sedia Jadi Ibu

gempak
02/11/2017
11:17 MYT
berita

“Kalau Ada Orang Macam Ni, Tolong Jangan Kawan” – Syamim Farid Terkesan Watak Jahat

gempak
26/10/2017
13:51 MYT