,
Berita

"Siang Di Hospital Jaga Syahid, Malam Tidur 3 Pagi" - Bazli UNIC Cerita Cabaran Sebelum Jadi Juara GGV1

Amri Hassan
13/04/2018
06:00 MYT
Ahli kumpulan UNIC, Bazli Hazwan berkongsi cabaran yang dilaluinya pada minggu akhir konsert Gema Gegar Vaganza musim pertama tahun lalu.
Kata Bazli, sepanjang minggu akhir GGV1 dia perlu membahagikan masa untuk menjaga anaknya, Syahid yang sedang sakit di hospital selain memberikan fokus untuk persembahan konsert akhir mereka.
"Pada minggu final, saya sangat sibuk dengan persiapan, mood dan kerah idea.
"Dalam masa sama nak berbahagi waktu menjaga Syahid tersayang di hospital, soal keletihan tu jangan ceritalah selain bermain emosi sebab anak sakit ditambah rehat yang tak sempurna ulang-alik hospital.
"Malam-malam terakhir sebelum final pukul 3 pagi kawan-kawan sudah tidur, mata saya tak mahu lelap walau badan sangat letih.
"Saya masih main Whatsapp membebel seorang diri dalam group UNIC, curah lepaskan idea baru, step barulah, pakaianlah, wordinglah gimiklah macam-macam hal otak ligat berpusing dek kerana risau nak buat yang terbaik," tulisnya di Instagram.
Bazli kemudiannya nekad untuk menghadiahkan kejayaan buat anaknya dan impian itu menjadi realiti apabila UNIC dinobatkan sebagai juara GGV1.
"Pagi Sabtu hari final sebelum ke dewan, saya ke hospital terlebih dahulu uruskan Syahid.
"Peluk cium Syahid minta restu doakan ayah berjuang.
"Ayah nak buat terbaik demi kau, ayah nak buktikan ayah berjaya perform sebaik-baiknya dan tak cuai menjaga kau.
"Dan malam final itu... Sejarah berlaku. Tuhan Penentu.. Syaaaahhiiiiid... Ayaaahh Menaaaaaaaang!!!! Dan.. Air mata pun mengalir," tambah Bazli.

Ingat lagi tak moment ni.. Moment yang menitiskan air mata. Tak tau nak kata perasaan saat ni.. Ada yang turut sama menitis air mata keharuan saat menonton moment ni d depan tv kt rumah. Minggu final ini saya sgt sibuk dgn persiapan dan mood dan kerah idea. Dalam masa sama nak berbahagi waktu menjaga syahid tersayang d hospital, soal keletihan tu jgn cerita la. Dan bermain emosi sbb anak sakit ditambah rehat yg tak sempurna ulang2 alik hospital. Malam2 terakhir sblm final Pukul 3 pagi kawan2 dh tido, mata sy tak mau lelap walu bdn sgt letih. Saya masih main wasap bebel sorang2d grup wasap unic, curah lepaskan idea baru, step baru la, pakaian la, wording la gimik la mcm2 hal otak ligat berpusing dek krn risau nk buat yg terbaik, saya nekad azam nak hadiahkan kejayaan utk syahid tersayang.. Yela siang hari sibuk d hospital dgn syahid. Pagi sabtu hari final sebelum ke dewan, saya ke hospital dlu uruskan syahid. peluk cium syahid minta restu doakan ayah berjuang naaak. Ayah nak buat terbaik demi kau, ayah nak buktikan ayah berjaya perform sebaik2 well plan. Berjaya sebagai tugas ayah as unic dan ayah tak cuai tgjawab menjaga kau. Ayah yg berjaya. Dan malam final itu... Sejarah berlaku. Tuhan Penentu.. Syaaaahhiiiiid... Ayaaahh Menaaaaaaaang!!!! Dan.. Air mata pun mengalir. Klu unic teringt kenangan ni memang akui, Syahidlah sumber inspirasi kami. Syahidlah yg menyebabkan kami semngt juang lain mcm. Syahidlah yg menyebabkan unic semua malu utk beralasan letih penat bagai. Syahid yg yg memberi kami fokus sampai ke saat juara! #syahid #bintangsyurga #ggv #ggvunic #gemagegarvaganza

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Kata Bazli lagi, Syahid menjadi inspirasi UNIC untuk berjuang hingga ke konsert akhir GGV1.
Mengimbas semula, Bazli kehilangan anaknya, Syahid, 4, pada 12 Ramadan tahun lalu akibat kanser limfoma.
Baca: Anak Kesayangan Ayah Dah Pergi, Allah Sayangkan Syahid...- Bazli UNIC
GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert minggu ketiga GGV2 bakal membawa tema Bukan Biasa Biasa dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2, mahu melihat kembali video-video persembahan GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV2, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

UNIC, Inteam Bekerjasama Dengan Peduli Insan Kumpul Bantuan Kepada Syria & Palestin Sepanjang Ramadan, Ini Cara Anda Boleh Bantu!

gempak
18/04/2023
11:20 MYT
Ayuh kita berkongsi rezeki.
Laman Utama

“Bergaduh Itu Biasa…”- Ketepikan Konflik, UNIC Bergabung Bersama Bekas Ahli Dalam Konsert REUNIC

gempak
16/09/2022
08:50 MYT
UNIC Lama & Baru Bergabung Dalam Konsert REUNIC
Laman Utama

Fitri Haris Disenarai Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia Oleh Ensiklopedia BritishPedia, Semak Balik Kehebatan Penyanyi Nasyid UNIC Ini!

gempak
27/08/2022
07:53 MYT
Tahniah Dr. Fitri Haris!
Laman Utama

“Risaukan Anak Berusia 6 Bulan”- Bekas Kumpulan UNIC, Wan Najdi & Isteri Positif Covid

gempak
08/02/2022
07:41 MYT
Wan Najdi & Isteri Positif Covid
Berita

“Yang Berniaga Dengan Menipu Ni Tak…”- Foto Diperguna Untuk Scam, Fakhrul UNIC Beri Amaran

gempak
09/10/2020
10:35 MYT
Foto Diperguna Untuk Scam, Fakhrul UNIC Beri Amaran