,
Berita

Saya Tidak Akan Beri Kemenangan Mudah Kepada Peserta Berkumpulan - Dzawin

Rozaimi Zubaidi
05/05/2017
05:03 MYT
Peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Dzawin, mengakui tidak akan memberi kemenangan mudah kepada para peserta berkumpulan untuk memenangi MLM pada tahun ini.
Dzawin atau nama sebenarnya Dzawin Nur Ikram, 26, berkata, dia akan memberikan persaingan sengit kepada kumpulan yang lain dalam memastikan kemenangannya di peringkat akhir MLM 2017.
"Saya akan memberikan sesuatu yang luar biasa untuk peringkat akhir ini dengan memastikan bahan lawak disampaikan dapat menghiburkan penonton.
"Meskipun bergelar sebagai peserta solo namun saya akan memastikan dapat memberikan saingan sengit kepada lanun lawak yang lain.
"Saya tidak kisah jika tidak dapat menjadi juara namun sekurang-kurangnya kehadiran saya ini memberi sesuatu cabaran kepada peserta lain.
"Sebenarnya dapat masuk ke final MLM 2017 merupakan kemenangan bagi saya sebagai peserta solo yang pertama kali menjejakan kaki dalam pertandingan di Malaysia," katanya kepada Astro Gempak.
Gelanggang akhir MLM 2017 bakal berlangsung di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah pada Jumaat (hari ini) dan lima #lanunlawak akan berentap di dua pusingan bertemakan Bebas dan Muzikal.
Mengangkat tema ‘Lanun’ sebagai imej, MLM 2017 menawarkan hadiah lumayan bagi juara pertandingan iaitu wang tunai sebanyak RM500,000 beserta trofi. Naib juara pula bakal merangkul wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi dan RM150,000 beserta trofi menanti pemenang tempat ketiga. Manakala tempat keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Penonton boleh menyaksikan siaran langsung MLM 2017 atau mendapatkan informasi terkini menerusi portal hiburan rasmi, Astro Gempak (www.astrogempak.com.my) atau laman web www.maharajalawakmega.com.my.
Selain itu, penonton boleh juga mengikuti Twitter (@maharajalawakmega) serta akaun Instagram @AstroGempak @ZonLawak @maharajalawakmega untuk dapatkan live update mengenai MLM 2017 satu jam sebelum rancangan bermula.
Sinar fm juga turut menghulurkan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan musim ini selaku Radio Rasmi, manakala Raku bertindak sebagai Radio Digital.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
Hiburan

Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin

gempak
08/08/2024
21:55 MYT
Usia rumah tangga yang sudah melebihi 10 tahun bukan jaminan akan kekal. Begitulah yang terjadi kepada pelakon, hos dan pelawak terkenal Indonesia, Andrea Taulany dan isteri, Rien Wartia Trigina.
Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
06/08/2024
07:55 MYT
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).