Berita
"Sampai Suami Orang Cari Saya" - Fitri Haris Dedah Kisah Digoda Peminat
Juara Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Fitri Haris mendedahkan dia pernah digoda oleh peminatnya sejak namanya kembali popular.
Kata Fitri, 34, lebih mengejutkan apabila ada antara individu yang menggodanya terdiri daripada isteri orang.
"Saya seorang yang peramah dan mudah mesra, apabila ada yang memulakan perbualan takkan saya nak lari.
"Sama juga di media sosial, ada antara peminat yang tersalah anggap layanan saya sebagai satu perasaan suka sama suka. Tambah pula dengan status saya sebagai bapa tunggal.
"Sehinggakan sampai ke pengetahuan suaminya dan perkara jadi kecoh.
"Sampaikan suaminya sendiri teks dan hubungi saya untuk bertanya keadaan sebenar yang berlaku.
"Jawab saya mudah, kalau nak tahu bagaimana dan siapa saya datang sahaja ke program bersama peminat selepas ini," jelas Fitri.
Bekas anggota kumpulan UNIC itu ditemui pada majlis pelancaran lagu Hanya Tuhan Yang Tahu 2018 di Butik Haqqi, Shah Alam, Selangor hari ini.
Fitri juga dilantik sebagai duta kepada jenama pakaian berkenaan selama setahun.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @fitriharisofficial
Must-Watch Video