Berita
"Ramai Yang Tak Tau, Dialah Cikgu Penilai Setiap Kali Saya Buat Lawak" - Hilmy Ashley Cari Mas Idayu
Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Hilmy Ashley mengakui sering berjumpa dengan penyanyi dangdut, Mas Idayu untuk meminta pendapat sebelum melakukan persembahan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Hilmy menjelaskan dia tertarik dengan komen jujur yang diberikan oleh Mas Idayu sehingga membuatkan dia sering meminta nasihat.
"Ramai yang tak tau. Dialah cikgu penilai saya, setiap kali saya buat lawak di Indonesia saya akan ke Indosiar jumpa dia bagi tau joke saya dekat dia.
"Kalau di Kuala Lumpur saya akan cari dia, sebab dia penilai yang jujur. Sambil-sambil makan Masak Lemak Ikan Kurau dia. Terbaikkk.
"Maka dia antara cikgu komedi saya. The one and only, my Mummy @masidayu1001 kerana kejujuran dia yang dia serius pun jadi bahan lucu hingga kini iaitu “ada nampak mummy happy”.
"Viral satu Asia. Kini dia Ratu Dangdut dan Ratu Komedi," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah diatas kejayaannya menyertai MLM 2018 dan mereka mendoakan agar dia dapat melakukan yang terbaik ketika berada di atas pentas nanti.
Selain Hilmy, MLM 2018 turut disertai oleh Abata, Joras, Kiut, Masin, Abioso, Zero, Chilok, Dany Beler, Taman, Bocey, Shiro, Puteh dan 2B.
MLM 2018 akan bersiaran bermula 2 November ini pada pukul 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘On demand’.
Must-Watch Video